Friday, 12 May 2017

Tips Menulis dalam Phone

Assalamualaikum,
Okay disebabkan dah lama sangat aku abandon (meninggalkan) blog ni. Jadi aku fikir baik aku bagi tips buat sementara waktu ni.
Maybe tips ni mungkin tak berguna sangat untuk korang.
Dan
Mungkin ada yang dah tau tips ni. Haha.

K,
Tips ni sesuai for mereka yang tak ada laptop untuk tempat menulis ataupun tak ada microsoft word dalam laptop or komputer.
Aku buat tips ni khas untuk sahabat aku yang tak ada laptop/ komputer/ microsoft word/
Kalau tak sebab dia maybe aku masih membiarkan blog aku berhabuk.
Haha~
(K, aku tau itu tak lawak. huhu)

Jadi lepas ni harap tips ni membantu untuk korang- korang yang diluar sana 😁

-------------------

Tips Menulis dalam Phone

1. Kena ada email Gmail. Ini wajib ada, kalau tak ada kena buat! 
2. Kena ada google drive. Lepas buat Gmail, pergi search dekat "Google" dan tulis "Google drive". Lepas tu kalau dah jumpa klik.
[Pilih yang atas sekali]

[Lepas tu nanti dia akan keluar macam ni. Tekan "Go to Google Drive]

Dan...


Tara! Nanti dia akan keluar lebih kurang macam ni. But kosonglah for yang baru guna.
Aku punya memang banyak file. 😁😁😁
Jadi mohon abaikan file- file aku yang melambak! xD

 After dah buat benda ni semua, you guys boleh pula fokus kepada phone canggih korang. 😏😏😏.

NOTE: Semua benda yang aku tulis daripada 1-2 korang boleh buat guna phone juga. Thats it! :) 

3. Pergi dekat "Play Store" .  Lepas tu search "Docs" . Nanti korang akan jumpa yang macam ni ⇩

[Yang ni aku screenshot guna laptop aku je. Jadi faham- faham sahaja ler... beza sikit je ni]

4. Then, download! Siap! Google docs ni dia bersambung dengan Google Drive korang. Jadi setiap kali korang menulis, dia akan automatik save dekat Google Drive. If in future  nanti korang dah ada Microsof Word dalam laptop. Korang boleh buka Google Drive dalam laptop and download balik manuskrip- manuskrip yang sudah korang tulis :) . 

PS: Google Docs ada "Align left, Align right, Align Center, Justify, Numbered list, Bullet list, B, I, ABC, U, Highlight, Texts colour, Line spacing, font, dan saiz font". 

-------------------

Okay itu sahaja. Untuk yang tak tahu guna docs, nanti insyaAllah saya akan buat lagi satu post cara menulis guna Docs. 

So after this korang boleh ler nak menulis guna phone. Plus korang boleh menulis di mana- mana je. Jadi if idea datang, boleh je tulis guna dalam Docs. If aku, antara "Notes" dan "Docs" ku lagi pilih docs. Sebab bila phone tiba- tiba rosak dan sebagainya, kita ada backup. Mana tau kita tulis idea dalam notes, tiba- tiba phone rosak. Dahlah tak sempat nak save dekat lain- lain tempat lagi. Adeh! Jadi kalau dengan ada docs, insyaAllah selamat juga lah apa- apa yang korang tulis. Just nak di ingatkan, benda yang kita save dalam docs akan save secara automatik dalam google dirve kalau ada internet sahaja. But, kita still boleh tulis dalam docs if tak ada internet. Bila internet dah ada, baru nanti dia akan pergi save dalam google drive. 

Ada faham?

Okay Bagus! 

Dengan ini, tamatlah entri saya ini. Moga- moga membantu kalian semua. Bye- bye :)