Friday, 12 May 2017

Tips Menulis dalam Phone

Assalamualaikum,
Okay disebabkan dah lama sangat aku abandon (meninggalkan) blog ni. Jadi aku fikir baik aku bagi tips buat sementara waktu ni.
Maybe tips ni mungkin tak berguna sangat untuk korang.
Dan
Mungkin ada yang dah tau tips ni. Haha.

K,
Tips ni sesuai for mereka yang tak ada laptop untuk tempat menulis ataupun tak ada microsoft word dalam laptop or komputer.
Aku buat tips ni khas untuk sahabat aku yang tak ada laptop/ komputer/ microsoft word/
Kalau tak sebab dia maybe aku masih membiarkan blog aku berhabuk.
Haha~
(K, aku tau itu tak lawak. huhu)

Jadi lepas ni harap tips ni membantu untuk korang- korang yang diluar sana 😁

-------------------

Tips Menulis dalam Phone

1. Kena ada email Gmail. Ini wajib ada, kalau tak ada kena buat! 
2. Kena ada google drive. Lepas buat Gmail, pergi search dekat "Google" dan tulis "Google drive". Lepas tu kalau dah jumpa klik.
[Pilih yang atas sekali]

[Lepas tu nanti dia akan keluar macam ni. Tekan "Go to Google Drive]

Dan...


Tara! Nanti dia akan keluar lebih kurang macam ni. But kosonglah for yang baru guna.
Aku punya memang banyak file. 😁😁😁
Jadi mohon abaikan file- file aku yang melambak! xD

 After dah buat benda ni semua, you guys boleh pula fokus kepada phone canggih korang. 😏😏😏.

NOTE: Semua benda yang aku tulis daripada 1-2 korang boleh buat guna phone juga. Thats it! :) 

3. Pergi dekat "Play Store" .  Lepas tu search "Docs" . Nanti korang akan jumpa yang macam ni ⇩

[Yang ni aku screenshot guna laptop aku je. Jadi faham- faham sahaja ler... beza sikit je ni]

4. Then, download! Siap! Google docs ni dia bersambung dengan Google Drive korang. Jadi setiap kali korang menulis, dia akan automatik save dekat Google Drive. If in future  nanti korang dah ada Microsof Word dalam laptop. Korang boleh buka Google Drive dalam laptop and download balik manuskrip- manuskrip yang sudah korang tulis :) . 

PS: Google Docs ada "Align left, Align right, Align Center, Justify, Numbered list, Bullet list, B, I, ABC, U, Highlight, Texts colour, Line spacing, font, dan saiz font". 

-------------------

Okay itu sahaja. Untuk yang tak tahu guna docs, nanti insyaAllah saya akan buat lagi satu post cara menulis guna Docs. 

So after this korang boleh ler nak menulis guna phone. Plus korang boleh menulis di mana- mana je. Jadi if idea datang, boleh je tulis guna dalam Docs. If aku, antara "Notes" dan "Docs" ku lagi pilih docs. Sebab bila phone tiba- tiba rosak dan sebagainya, kita ada backup. Mana tau kita tulis idea dalam notes, tiba- tiba phone rosak. Dahlah tak sempat nak save dekat lain- lain tempat lagi. Adeh! Jadi kalau dengan ada docs, insyaAllah selamat juga lah apa- apa yang korang tulis. Just nak di ingatkan, benda yang kita save dalam docs akan save secara automatik dalam google dirve kalau ada internet sahaja. But, kita still boleh tulis dalam docs if tak ada internet. Bila internet dah ada, baru nanti dia akan pergi save dalam google drive. 

Ada faham?

Okay Bagus! 

Dengan ini, tamatlah entri saya ini. Moga- moga membantu kalian semua. Bye- bye :)

Sunday, 12 February 2017

Review: Jodoh Untukku by Anne Wanie (Copy dari Fb sendiri xD)



TAJUK: JODOH UNTUKKU
PENULIS: ANNE WANIE
TERBITAN: LOVENOVEL PUBLICATION
HARGA: RM 27.00 SM/ RM 30.00 SS


Sejujurnya sudah beberapa kali ntah aku ulang tayang kali baca cerita ni. Untuk penggemar cerita konflik, cerita ni bagiku boleh setanding dengan karya siti rosmizah yang selalu bikin air mata mengalir.

Dalam cerita ni banyak macam reality, daripada apa yang selalu kita fikirkan. Kita fikir, laki ni sweet. Pdhal tak semua orang sweet. Pokok pangkalnya, cerita ni menunjukkan bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mampu menjamin kebahagian 100%. For me, this story macam nak buka semua minda para pembaca yang gemar berimaginasi dan memikirikan betapa bahagianya kahwin. Expecially for para remaja yang dah mula jinak- jinak tak sabar nak kahwin awal. Sebagai pelajar asrama, perkara ni tak lari drpd aku. Always dengar, junior sendiri kata.

"Kan best kahwin awal?"

Dsb.

For me its not.

Kalau kahwin awal, tapi persiapan tak cukup. Kapal yang dinakhoda pun boleh tumbang. Pada luarannya nampak indah, tapi lama- lama semuanya musnah. Tapi dengan berkat kesabaran dsb, semua tu boleh dihadapi dengan baik.

Same as this book, luaran perkahwinan nampak indah. Tapi ujiannya cukup mampu menyebabkan seluruh hidup kita rasa kuncar- kancir. Tapi, berkat kesabaran semuanya boleh dilalui dengan mudah.

Trust, Tanggungjawab, Kejujuran, Kesabaran

Semuanya ada dalam novel ni.

I love this story line. But, rasa macam tak cukup sangat. Tapi tak pelah. Ceritanya mengkagumkan. Berat dengan konflik. Tapi ceritanya sangat teratur macam dah banyak pengalaman dalam menulis.

Btw, in my opinion konfliknya lain daripada yang lain. Tak sama macam selalu baca. Konflik yang agak berbeza, dan tak sangka penulis sanggup tulis macam ni.

I just like, wow.

Then sometimes rasa geram bila baca nama watak dia Ain. Terasa macam diri ni lak di aniaya oleh seorang lelaki yang bernama Fuadi. Emosi memang tak yah cakaplah. Betul- betul terganggu bila baca. Rasa nak hempuk. Rasa nak belasah. Semuanya ada gara- gara nama watak dia sama. Bila nama watak sama, nak bayang orang lain pun tak mampu 😂😂😂 tak taulah camner nasib orang lain lau nama dia sama dengan watak jahat. Mesti meraung- raung gila. Haha. (Pernah lak, jumpa ain watak jahat. 😂😂😂)

But, apa yang mengecewakan bila ku baca dah separuh cerita ni dalam blog dan masih ingat storyline dia time beli buku ni. Dan akhirnya hanya dapat feel masa baca kat blog je. Dekat buku rasa sikit je. Lepas lama tak baca and ulang tayang balik baca, baru dapat rasa feel sakit hati dsb. Tapi actually, lau bukan sebab dah baca separuh dekat blog, maybe cheq tak beli lagikut buku ni. Ku mmg x suka spoiler, tapi bila dah tahu sampai separuh. Mulalah tangan gedik nak baca. Nak beli. Nak meraung. Nak nangis. Sebab ada orang dera. Pastu diri sendiri gak gedik habiskan dari bab 1- berapatah dalam blog. X silap 20+ kut 😅😅😅 Sejak tu, novelnilah kali terakhir yang baca banyak di blog. Tak sanggup menahan terseksanya hati nak beli. Itupun seb baik ada duit. 😂😂😂 Lepas beli, malam tu terus habiskan sampai tidur lewat malam 😂😂😂

Tak leyh nak bagi jaminan best untuk dibaca. Sebab lain orang lain citarasa. For me, this novel sangat seronok dibaca. So, insyaAllah cerita sangat seronok buat semua orang. Semuanya atas izin Dia.

Akak Anne Wanie, sila teruskan menulis lagi 😭😭😭 Saya suka baca cerita akak. Sangat best. I falling in love with this novel. JU sangat menyentuh hatiku. Tolong, seksa hati ini lagi dengan cerita- cerita konflik 😍😍😍

Sekian, maaf lau ada tersalah dalam menulis.

So far, selama membeli novel dengan LNP, semuanya okay. Tak pernah mengecewakan. Even masa awal- awal dulu teragak- agak nak beli novel under LNP, tapi alhamdulillah. Hasilnya sangat memuaskan. Seronok sangat baca novel- novelnya.

P.S: Tgh tunggu masa bilalah boleh borong novel lagi. 😂😂😂 Rasa nak cuba baca semua jenis penerbitan.

*Suka stick satu penerbitan actually, but sejak akhir akhirni semua penerbitan buat novel yang meremang bulu roma. Tak beli rasa rugi. Beli, duit takde lagi. Pokok pangkalnya, rasa nak beli je semua novel 😂😂😂 tolong doakan saya jd jutawan. Boleh beli semua novel. 😂😂😂 Setakat ni, semua novel rasa nak beli. Tak de rasa yang tak nak belipun. Semuanya menyeksa hati post novel 😂😂😂 baru- baru.

#AinJeles
#NakPiPWTCGak
#TakdeTransport
#TarakBykDuit
#LesenKetaLagiOi

😂😂😂

Pokok pangkalnya, semua orang terseksa bila penerbitan post dekat wall depa sal nobel. Yang lebih mengharukan buat org yg x leyh pi pwtc hanya mampu ternganga mulut je tgk gambar buku yang ada di rak.

Kalau aku, bukan setakat ternganga. Meleleh air luir. Siap banjir satu rumah. Cheq follow banyak penerbitan, bukan satu 😂😂😂 maka double triple melelehlah air luir tgk. Tunggu bila nak kesat je. 😂😂😂

K, maaf atas segala salah silap. Lau ayat de sakit hati maaflah. Sila bagitahu. Boleh padam post ni balik. Tgk fikir, patut ke padam. Sbb takut de unsur sensitive dlm ni. 😅😅😅

Akhir kalam,
Teruskanlah berkarya.
Sebagai pembaca, hanya mampu support je.

Maaf atas review yang tak berapa menarik.