Friday, 10 June 2016

Cerpen: Cintai Aku



“Ken, dengar kata haritu papa kau nak carikan untuk kau bodyguard. Betul ke?” Ken menganggukan kepalanya tanda setuju. Huishh… serius lorh? Kaya betul bapak Ken ni, bisik Dylla dalam hati.
“Wah! Untunglah kau. Macam ala- ala cerita novel gitu” bahu Ken Dylla tumbuk dengan perlahan. Ken di sisi hanya buat muka selamber derk saja lalu bahu dijungkitkan. Wah! Agaknya kalau aku mintak bodyguard kat ayah, agak- agaknya mesti ayah akan kata macam ni.
“Perangai macam laki ni nak bodyguard? Haihh… tak payahlah… nanti bodyguard tu yang engkau terjang”
Ataupun boleh jadi ayah akan cakap macam ni
“Kau duduk zaman mane ni Dylla oiii… Dah jangan nak mengarut!”
Wahhhh… Aku nak gak… bisik Dylla sendirian. Agaknya kalau orang lain boleh tengok rupa imaginasinya sekarang ini, mesti diorang akan lihat rupa Dylla menangis macam budak kecil. Huhu… Ops… baru teringat, aku mana ada ayah dah… Nyanyok betullah kau ni Dylla… marahnya sendirian lalu kepalanya di ketuk dengan kecil.
“Dylla, kau nak bodyguard ke?” tanya Ken tiba- tiba. Mata Dylla sudah bersinar- sinar saat mendengar pertanyaan Ken itu. Oh Mai Goshh!!! Dylla sudah tersenyum sambil tersengih- sengih macam kerang busuk.
“Kenapa tanya? Kau nak kasi bodyguard kau kat aku ke?” tanya Dylla pula. Jarinya sudah berpintal- pintal dengan bajunya sendiri. Allah, nampak bebenor gatai merenyamnya. Tak kena langsung dengan perangai kasar. Ken sudah menggelengkan kepalanya sendirian.
“No way! Bodyguard aku tu laki and kau tu perempuan. Kalau kau nak pi ambik bodyguard bangla dekat tepi jalan tu. Berlambak nuh!” ujar Ken dengan tegas. Dylla sudah muncungkan bibirnya.
“Kedekutlah kau ni. Sharelah sikit bodyguard kau tu. Kitakan rapat. Boleh ye? Boleh ye? Nanti aku kasi tau papa kau”  pujuk Dylla. Suaranya sengaja dilunakkan di hadapan Ken. Ala… apa salahnya. Diaorangkan kawan baik. Tak ada istilah menggodanya. Walaupun sudah banyak kali Ken tegur dia supaya jangan buat macam tu. Tetapi dia tetap berdegil juga. Hukum hakam dia memang selalunya tolak ke tepi. Dia kisah apa? Kalau dia kisahpun dalam sehari dua je, lepas tu dia lupa balik.
“Dylla…” Ken seru namanya dengan lembut.
“Yee…”
“Kau ni degil betullah!” dahi Dylla Ken jentik tanda melepaskan geram.
"Oit! Sakit tau tak?" bebel Dylla.
"Tau pun sakit! Hati aku ni kau tak tau sakit pulak" tempelak Ken dan Dylla pun terkejut sampai tahap dinasoar. Dylla tidak sangka pula yang Ken akan berkata sebegitu. Adakah dia…
“Ken kau gay ye?” tanya Dylla dengan lurus. Kini Ken pula yang sudah terkejut tahap kronik. Oksigen! Oksigen! Boleh mati Ken kalau dia jumpa 10 orang Dylla. Tangan sudah di tepuk pada dahi lalu dia menggelengkan kepalanya.
“Ken, kau kenapa? Kau ok tak ni?” Ken sudah tergelak kecil. Manakala Dylla disisi sudah seram sejuk. Ken dah kena rasuk ke? Fikir dia bukan- bukan.
“Aku K.O weyh… dahh lupakan apa kita cakap tadi. Aku balik dulu bye”
“Eh! Ken akupun balik dululah”

***

“Ken!!! Hensemnya bodyguard kau! Melting aku tengok” ujar Dylla dengan nada terujanya. Oh Gosh!  Kenapa Dylla boleh ada dekat sini? Marah Ken dalam hati.
“Dylla macam mana kau…”
“Macam mana aku tau kau ada dekat sini? Itu soalan kau kan? Hehe” dengan pantas Dylla menyampuk. Ken hanya mengangguk.
“Hehe… Aku ada kuasa magic boleh tau di mana kau” gurau Dylla. Kepala Dylla Ken ketuk dengan perlahan.
“Oit!”
“Apa oit- oit? Jawab soalan aku betul- betul. Boleh pulak dia loyar buruk.” Dylla sudah tersengih- sengih. Nak buat macam mana? Loyar buruk itu salah satu kerja dia semenjak dia kecil lagi.
“Aku peliklah macam mana datangnya perkataan loyar buruk tu? Siapa yang mula- mula guna ayat tu eh?” Dylla memang sengaja menguji kesabaran Ken. Muka Ken sudah menjadi bengang.  
“Jangan nak ubah topik boleh tak Adylla?”
“Hehe… lek- lek. Coollah. Ok ceritanya macam ni” kata Dylla lalu kepalanya dinaikkan ke atas. Ken pelik melihat reaksi Dylla lalu dia ikut sama pandang atas. Apa yang dia lihat hanya ada syiling yang sudah di cat berwarna peach berserta pendingin hawa yang baru sahaja di baiki beberapa minggu lepas. Dahi Ken sudah berkerut pelik.
“Kenapa kau pandang atas?” tanya Ken dengan pelik. Sesekali matanya meliar mencari apa yang menarik perhatian Dylla. Dylla memandang Ken sambil tersengih.
“Aku tengah tunjuk dekat kaulah macam mana aku tau kau ada dekat sini” gurau Dylla lagi. Apa dia fikir ini cerita dalam tv ke asal pandang atas boleh nampak apa yang terjadi? Ken ketuk kepala Dylla buat kesekian kalinya lagi.
“Oit! Bocorlah kepala aku kalau tiap- tiap hari jadi macam ni” kepala yang di ketuk oleh Ken, Dylla usap. Dia fikir kepala aku ni paku ke? Duk sesedap perasa dia je ketuk kepala ni banyak kali.
“Lain kali serius sikit kalau nak cakap. Nanti bukan setakat kepala kau tu je bocor. Hilang terus pun boleh aku buat.” Dylla sudah mencebik.
“Apa punya kawanlah kau ni? Yelah- yelah aku bagitau. Sebenarnya aku follow kau daripada rumah lepas tu sampailah aku dekat sini dengan berkat usaha gigih aku. And then aku nampak kau dan kau nampak aku sebaik sahaja aku lepas main redah opis kau ni. Haaa The End. Wah! Boleh masuk cerita novellah ” bebel Dyla dan buat kesekian kalinya lagi kepala Dylla di ketuk Ken.
“Oit! Kepala ceq ni bukannya di perbuat daripada kapas tau? Hang pa ingat kepala ceq ni apa?” marah Dylla dengan entah apa loghatnya. Ken hanya buat muka selamber derk sahaja apabila mendengar kata Dylla.
“Yang kau ikut aku daripada rumah sampai ke syarikat aku ni buat apa?”
“Ala… Biarlah… Kau tu kedekut sangat” Dylla sudah tarik muncung.
“Kedekut tak kedekut! Dah jangan kacau aku! Aku nak buat kerja aku ni. Pi duduk dekat sofa nuh!” halau Ken lalu fail yang terletak di atas sekali dia ambil. Dia memulakan kerjanya dengan khusyuk sekali.
Dylla ikut perintah Ken tanpa membantah sekali pun. Sesekali majalah yang berada di atas meja dia ambil. Dia selak helaian demi helaian muka surat. Hurm… tak ada artikel yang menarik pun, bisik Dylla dalam hati lalu majalah itu di tutup kembali.
Sesekali dia menguap kecil. Mengantuk! Itu rasanya saat ini. Memang tidak dapat dinafikan selama ini dia memang seorang yang sangat cepat mengantuk. Mata yang sudah berair dia hapuskan lalu dia berkira- kira mahu melelapkan matanya sebentar. Wajah Ken yang khusyuk menyiapkan kerja dia pandang sebelum berkata.
“Ken”
“Hurm…”
“Aku tidur dulu ye?”
“Hurm…”
“Kau dengar tak ni?”
“Hurm…”
“Jadi kau tak kisah lah?”
“Hurm…”
“Ok, itu maksudnya kau pun suka akulah?”
“Hurm…” sejurus itu bibir mungil Dylla meletuskan tawa. Tidak sangka pula Ken mengiyakan juga apa yang dia guraukan tadi itu. Terasa macam dalam cerita novel pula, padahalnya tidak. Air matanya yang mengalir akibat gelak terlampau dia kesat. Kenapa dari tadi dia asyik kaitkan dengan kisah novel sahaja? Haha pengaruh mungkin.
Ken tersentak. Baru dia tersedar akan keterlanjurannya itu tadi. Wajah yang putih itu mula berubah menjadi merah seketika. Malu pula apabila memikirkannya kembali. Wajah yang menunduk dari tadi dinaikkan ke atas lalu matanya tepat memandang wajah bersih Dylla itu.
“Kenapa gelak?”
“Tak ada apa- apalah. Abaikan je… Hehe… Bye.. Aku tidur dulu” ucap Dylla lalu posisi badan di ubah. Sejurus itu dia sudah masuk ke dalam alam mimpi. Senang betul Dylla hendak tidur.
“Aku serius”
“Huh? Apa kau cakap tadi?” soal Dylla dengan mamai. Baru sahaja tadi dia mahu terlena tetapi terganggu dek suara garau itu.
“Aku buat kerja dulu”
“Ok..” Dylla sambung tidur semula.
Wajah Dylla Ken pandang dari jauh. Keluhan kasar terlepas di bibirnya itu.
“Kenapa kau susah sangat nak faham perasaan aku, Dylla?” ucap dia perlahan lalu dia menyambung semula kerja yang tertangguh olehnya itu tadi.
BEBERAPA jam kemudian, dia merenggangkan tubuhnya yang kepenatan itu. Pergh… Banyak gila kerja. Ni sampai ke cucu cicit takkan habis, omel Ken sendirian. Jam tangan yang di kerling olehnya menunjukkan sudah pukul 2 petang. Itu maknanya dia sudah terlewat untuk makan tengahari dan solat zuhur.
Langkah di atur menuju ke tempat Dylla tidur. Kelihatannya wajah polos situ tidur dengan lena sekali. Agaknya apalah yang dimimpikan oleh Dylla. Tangan yang hendak di bawa untuk mengejut gadis itu terhenti saat bibir mungil itu menyeru nama kedua ibu bapanya.
“Mak... Ayah..”
Dylla rindu mak ayah dia ke? Soalnya dalam hati. Belum sempat dia ingin kejutkan Dylla buat kesekian kalinya lagi, Dylla sudah terbangun.
“Maaf Ken, mesti susahkan nak kejutkan aku?” ujar Dylla sambil itu dia memisat- misat matanya itu. Mulut yang menguap segera dia tutup.
“Kau mimpi apa tadi?”
“Entah, aku tak ingat. Kenapa?” soal Dylla dengan pelik. Posisi badan yang tidur tadi dia sudah ubah kepada duduk. Nanti kalau dia terus baring ada yang kena cepuk. Buat macam bilik sendiri pula.
“Nothing, jom makan. Lepas tu kita pergi solat” ajak Ken lalu dia bangun dan pergi beredar dari situ.
Dylla tersenyum.
“Ken”
“Hurm..”
  “Mana bodyguard kau?”
“Aku pecat dia”
“Hah? Dia baru kerja kut… Kejam gila kau!”
Ken yang mendengarnya sudah menjadi geram. Rahangnya bergerak antara satu sama lain. Lantas kaki berhenti bergerak.
“Kenapa kau nak sibuk sangat pasal dia hah?” soal Ken apabila tubuhnya sudah berpusing menghadap wajah Dylla. Dylla sudah tergelak. 
“Ala… Aku saja je… Relakslahh…”
“Aku tak suka kau sibuk pasal orang lain” jelas Ken tiba- tiba. Dylla masih beriak sahaja, tidak terkejut mahupun pelik. Dia hanya mengulumkan senyumannya sahaja.
“Kenapa?”
“Sebab aku suka kau”
“Haha… Then?”
“Aku suka kau Dylla. Takkan kau tak faham. Aku nak kau jadi isteri aku, ibu kepada anak- anak aku, nenek kepada cucu- cucu aku, moyang kepada cicit- cicit aku dan seterusnya”
Dylla tergelak lagi. Ken tidak faham kenapa Dylla harus tertawa saat dia sedang serius bercakap. Adakah Dylla fikir ini hanya sekadar gurauan sahaja? Tidakkah dia tahu bahawa sekeping milik hatinya sudah terukir nama Dylla sahaja. Hanya Dylla.
“Mana boleh, dah mati nanti aku Ken. Haha” guraunya lagi.
“Aku serius Dylla. Tak main- main”
Dylla tersentak. Lantas dia cuba untuk bereaksi biasa sahaja. Bibirnya dia cuba untuk mengukirkan senyuman yang ikhlas. Tetapi malangnya dia tidak mampu. Hatinya sebak saat mendengar luahan Ken itu sebenarnya, tetapi dia tidak mampu menerima. Dia tidak mampu untuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa.
“Maaf Ken…” ucapnya dengan lemah lalu dia pergi meninggalkan Ken sendirian di situ.
Ken jatuh terduduk.
Adakah ini maknanya lamarannya di tolak? Air mata lelakinya menitis membasahi pipi. Kenapa Dylla buat dia sebegini? Tidak sayangkah Dylla pada dia?

***

“Dylla kau makanlah sikit. Sejak akhir- akhir ni kau asyik tak nak makan je” pujuk Syamira. Tubuh kawannya yang terbaring di atas katil dia pandang dengan sayu. Kasihan rasanya apabila melihat tubuh Dylla yang selalu sihat sudah tidak bermaya.
Dylla mengukirkan senyuman buat si teman lalu dia menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu makan. Dia tiada selera. Sesekali tangan di bawa menutup mulut akibat batuk.
Air mata Syamira sudah seperti mahu menitis apabila melihat kedegilan si teman.
“Dylla. Tolonglah dengar cakap aku. Makanlah sikit…” pujuk dia lagi. Sudu disuakan ke mulut Dylla supaya makan.
Akhirnya Dylla akur. Dia makan bubur masakan Syamira itu dengan payah. Selepas sudu yang kali ketiga akhirnya dia tolak. Dia sudah tidak larat lagi mahu makan. Cukuplah itu sekadar untuk memujuk hati sahabatnya itu. Kepala di gelangkan tanda tidak mahu.
“Dylla.. Makanlah lagi… Sikit sangat ni”
Dylla sudah tergelak.
“Tadi kau suruh aku makan sikit. Ni aku dah makan kira okey dah tu”
“Time kau sakit ni pun boleh lagi buat perangai. Oklah. Aku surrender. Kau rehatkan diri okay? Kalau ada apa- apa bagi tahu aku” ujar Syamira lalu dia pergi beredar dari bilik Dylla itu.
Dylla hanya mengangguk sahaja.
Mata memandang keluar jendela. Kelihatan pada pagi ini sungguh indah. Tenang jiwanya saat memandang ke langit. Burung- burung berterbangan bebas di angkasa. Angin bertiup sepoi- sepoi bahasa.
Sungguh indah nikmat yang diberikan oleh Allah. Hanya kita menghargainya ataupun tidak sahaja. Deringan telefon mematikan lamunannya, lantas telefon di swipe ke tepi bagi menjawab panggilan yang tidak di ketahui olehnya itu.
“Assalamualaikum” ucap Dylla.
Senyap.
Dylla jadi pelik. Tidak dengar ke dia akan salamnya itu?
“Hello? Dengar tak ni?” soal Dylla dengan pelik. Dia dapat dengan desahan nafas si pemanggil itu. Tetapi kenapa orang itu senyap sahaja?
“Waalaikumussalam Dylla. Ni aku, Ken”
Dylla terkejut. Sudah lama jejaka itu tidak menefonnya sejak kejadian kemarin.
“Kau sihat?” soal Ken.
“Risau juga kau dekat aku ye? Haha, Alhamdulillah sihat. Kau?”
“Pun sama. Cuma dalam hati aku ni tak”
“Kenapa?”
“Cinta aku kena tolak”
Dan saat itu Dylla tersentak. Air matanya mula menitis satu persatu.
“Kenapa tak cari yang baru?”
“Aku tak boleh terima orang selain daripada dia”
“Kenapa kau tak boleh terima orang selain daripada dia?”
“Sebab dia istimewa dalam hidup aku”
Mulut sudah di pekup oleh tangan. Terharu dia, tetapi rasa itu hanya layak tersemat di hati sahaja. Tidak perlulah Ken mengetahuinya.
“Tapi kau kena lupakan dia” ujar Dylla.
Ken senyap seketika di situ.
“Percayalah cakap aku, suatu hari nanti pasti akan ada orang yang boleh menggantikan dia” sambung Dylla lagi.
“Aku tak percaya”
“Tapi kau tetap kena percaya sebab dia tak boleh terima kau”
“Aku akan cuba buat dia terima aku”
“How?”
“We married first. Then, aku akan cuba buat kau terima aku as your husband”
Dan Dylla tergelak. Tetapi gelaknya kali ini agak hambar.
“Sorry, we can’t”
“Kenapa tak boleh? Aku boleh, kenapa kau tak boleh?” soal Ken dengan geram. Kenapa Dylla susah sangat hendak memahami isi hatinya? Kenapa wanita itu susah sangat hendak menerimanya? Dan kenapa wanita itu susah sangat hendak mencintainya seperti mana dia mencintai wanita tersebut.
“Kita berada di tempat yang berbeza Ken. Kau lain, aku lain. Kehidupan kau takkan sama dengan aku. Kau takkan faham apa yang berlaku” terang Dylla lalu talian diputuskan.
Deringan telefon berbunyi lagi tanda mahu di angkat. Dia hanya buat tidak endah sahaja lalu dia menyambung kembali tidurnya.
Semoga kesakitan itu mampu dia lupakan

***

“Ya Allah… Dylla kenapa ni?” soal Syamira dengan risau. Langkah kaki di bawa atur ke arah Dylla yang tidak habis- habis batuk dari tadi. Hatinya risau melihat keadaan Dylla yang semakin hari semakin pucat.
Darah pekat yang terdapat di telapak tangan dengan segera Dylla lap pada seluarnya. Mulut juga dia tidak dilupakan. Nasib baik ketika itu dia memakai seluar hitam.  Jadi Syamira tidak akan mengesyaki apa- apa yang terjadi.
Dylla mengoyakkan senyumannya pada Syamira saat tubuh itu datang dekat.
“Aku tak ada apa- apalah. Okey je”
“Okey apanya kalau dah sebulan lebih kau asyik macam ni je. Jom lah kita pergi hospital. Aku takut kau ada penyakit serius je”
Dylla gelengkan kepala.
“Tak perlu. Aku okey sahaja” dalih dia. Wajah yang semakin pucat itu Syamira pandang dengan lama. Dia meneliti setiap inci wajah itu.
“Kau sebenarnya tadi batuk berdarah kan?” soal Syamira.
Air liur Dylla telan dengan payah. Terkejut dia seketika apabila Syamira mengetahui hal itu.
“Ma.. Mana ada”
“Kau jangan nak tipu aku. Dan sebenarnya kau ada sakit kanser paru- paru kan?” soal Syamira lagi.
Dylla bungkam. Terkejut dia apabila rahsia dia yang besar ini terbongkar. Dylla meledakkan tawanya.
“Apa kau merepek ni? Aku sihat wal afiat je kut… Dah- dah… Aku tak ada apa- apa pun”
Air mata Syamira menitis. Lantas tubuh yang semakin mengurus itu dia peluk dengan erat. Dia menghamburkan tangisannya.
“Kenapa kau tak bagitahu Dylla? Kalau tak aku boleh bawa kau pergi merawat dengan doktor. Kenapa kau selalu rahsiakan hal sebesar ni Dylla? Kau tahukan aku sayangkan kau.. Sampai hati kau buat aku macam ni. Kau sengajakan nak tinggalkan aku sorang- sorang”
Pelukkan Syamira Dylla balas. Kini air matanya juga menitis membasahi pipi.
“Aku nak jumpa mak ayah aku…” luah Dylla.
“Tapi bukan dengan macam ni Dylla! Kau kena teruskan hidup! Bukannya dengan seksa diri kau dengan tidak pergi merawat langsung. Lagipun kalau kau pergi, siapa nak doakan untuk mak ayah kau setiap hari?”
“Kalau dah ajal tu tetap akan datang Mira. Kita tidak boleh tolak”
“Dylla, kau cakap seperti kau sudah putus asa nak hidup dah”
Dylla mengoyakkan senyuman hambar.
“Dah terlambat Mira. Kalau aku kena bawa berubat pun, belum tentu aku akan sembuh. Percentage aku nak hidup tu beberapa percent je Mira. Lagipun orang macam aku ni tak perlulah hidup lama sangat dekat dunia ni. Bukannya berguna sangat pun”
“Tapi kita masih boleh mencubakan? Berjaya ataupun tidak itu belakang punya cerita, yang penting kau jangan putus asa” pujuk Syamira.
“Aku setuju cakap Syamira tu” sampuk seseorang tiba- tiba.
Dylla tersentak lantas pelukannya dilonggarkan. Tubuh berpusing ke belakang bagi melihat gerangan yang berkata itu.
Degupan jantung berubah menjadi kencang saat mata menangkap seraut wajah itu.
“Ken?”
“Kenapa kau rahsiakan semua ini daripada aku Dylla?”
“Ak.. Aku..”
“Jadi sebab nilahkan kau tak terima aku betul tak?”
“Tak! Benda ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang kau maksudkan” dalih Dylla. Wajahnya di palingkan ke arah lain saat berkata sedemikian.
“Kau tipukan?”soal Ken dengan tidak percaya.
“Tak, aku tak tipu”
“Then, pandang muka aku kalau kau tak tipu”
“Benda ni tak ada kaitannya pun dengan kena pandang muka kau”
“Yes, ada!”
“Tak! Dahlah aku blah dulu”pinta Dylla lalu dia pergi meninggalkan Ken dengan Syamira di situ.
Ken mengikuti langkahnya. Dia masih tidak mengalah. Langkah dipercepatkan bagi menyaingi langkah Dylla itu.
“Dylla” panggil Ken. Dylla hanya buat tidak endah sahaja.
“Dylla, please stop”
“Kau nak apa lagi?!” Langkah diberhentikan lalu tubuhnya pusing menghadap Ken.
Mujur sahaja keadaan di kafe Syamira ketika itu lenggang tiada sesiapa. Syamira segera menukar status kafenya daripada buka kepada tutup agar tiada sesiapa yang akan melihat situasi ini. Dia tidak mahu ada orang luar masuk campur dalam hal urusan ini. Pekerja- pekerjanya juga Syamira halau suruh balik rumah.
“Aku nak kau”
“Aku nak mati dah. Pergilah cari orang yang hidup lama!”
“Ajal bila- bila je boleh datang Dylla”
“Then samalah juga untuk aku. Tapi aku dah tau ajal aku tu mungkin dalam masa terdekat akan sampai. So kau tak payah nak kahwin dengan orang yang bakal mati”
“Semua orang bakal mati Dylla”
“Kenapa kau susah sangat nak faham cakap aku?”
“Sebab kau susah nak faham hati aku. Dah banyak kali aku bagi hint dekat kau yang aku cintakan kau. Tetapi kau susah sangat nak faham. Kenapa?”
“Sebab aku tak suka kau”
“Kau suka aku”
“Tak, aku tak suka kau”
“Ya, kau suka aku”
“Ada bukti?”
“Ada, ni buktinya! Sekarang cuba cakap dengan aku apa maksud semua ni?” soal Ken dengan geram sambil tangan menunjukkan sebuah buku tebal yang berwarna merah itu. Helaian yang hendak dia tunjukkan dia buka. Di situ terdapat luahan hati Dylla terhadap Ken. Rupa- rupanya Dylla juga sukakan Ken.
“Ka.. Kau dapat dari mana?” soal Dylla dengan gagap. Buku itu buku milik kepunyaannya. Terdapat banyak khazanah hatinya di dalam buku itu. Tentang cintanya, perasaanya, dan tentang kesihatannya juga dia tulis di dalam buku itu. Nampak seperti keanak- anak gayanya tetapi baginya itu cara dia untuk meluahkan perasaan. Hanya dengan menulis.
“Syamira bagi aku… Dia tau pasal penyakit kau sebab dia terbaca buku ni. Sekarang ni kau tak boleh nafikan yang sebenarnya Nur Adylla binti Hashim suka dekat aku”
Dylla menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Kedua- dua telinga di tutup lalu dia terduduk. Esakan mula kedengaran di bibir mungilnya itu.
“Kenapa kau buat aku macam ni Ken? Aku nak jumpa mak ayah aku. Aku tak boleh terima kau. Kau jangan nak paksa aku”
Ken ikut sama duduk bercangkung sambil melihat Dylla menangis teresak- esak.
“Aku tak paksa kau pun Dylla. Tapi kau tu yang paksa diri kau. Kau paksa dia supaya jangan terima aku padahal sudah terang tang- tang yang kau suka aku. Kenapa kau nafikannya?” soalnya pada Dylla.
Hatinya berasa sakit saat melihat gadis kesayangannya itu menangis teresak- esak. Hendak di peluk tubuh itu hatinya melarang kerna mereka masih belum mempunyai sebarang ikatan yang sah di sisi agama pun. Cis, baru sekarang hendak fikir fasal hukum hakam agama? Padahal sebelum ini ikut suka hati sahaja jika hendak pegang Dylla. Seperti orang yang jahil tentang ilmu agama. Padahal perkara ini sudah belajar sejak kecil lagi. Hurm… Tidak mengapalah, semua orang pernah melakukan kesalahan. Yang penting bertaubat.
“Aku nak jumpa mak ayah aku… Aku tak nak bila aku pergi, aku rasa serbasalah… Aku rindu mak ayah aku sangat- sangat. Aku nak jumpa diorang, tolonglah Ken” luah Dylla. Tubuhnya itu sudah di peluk oleh Syamira.
Sebak Syamira ketika ini apabila mendengar luahan hati si teman. Dia mungkin tidak tahu apa yang di rasa oleh Dylla kerana dia masih mempunyai kedua ibu bapa. Minda mula terbayang wajah si ibu dengan ayah. Tiba- tiba dia terasa rindu. Takut juga andainya dia kehilangan ibu bapanya. Ternyata sungguh perit andai mereka tiada di sisi kita buat selama- lamanya.
“Kau jangan cakap macam ni Dylla. Aku rasa kalau mak ayah kau boleh bercakap, mesti diorang nak kau teruskan hidup. Lagipun kalau kau mati sekali, belum tentu kau boleh jumpa mak ayah kau. Amal kita bukannya banyak Dylla. Sepatutnya bila kita di timpa musibah macam ni kita ingat Tuhan. Entah kita tenang ke tak dekat kubur tu nanti. Lagipun mesti mak ayah kau masih perlu doa seorang anak untuk tampung diorang dekat sana” nasihat Syamira.
Dylla tersentak apabila mendengar nasihat Syamira itu. Dia terdiam seribu bahasa. Ada benarnya segala apa yang diperkatakan oleh Syamira itu. Dia berfikir sejenak sebelum berkata. Nafas di tarik sedalam- dalamnya lalu di lepaskan.
“Baiklah… Aku akan pergi hospital dan terima rawatan.” Berinya kata putus. Syamira dengan Ken mengucapkan kata- kata syukur. Senang hati mereka apabila mendengarnya.
“Maksudnya kau terima aku jugalahkan?” soal Ken dengan nada teruja.
Wajah Dylla sudah memerah menahan malu apabila mendengar soalan itu.
“Tengoklah dulu”
“Ala…”
“Aku gurau je…”
“Yes! Yes! Yes!” jerit Ken kegirangan.
“Minggu depan kita nikah!”
Dylla terkejut beruk di situ bersama Syamira.
“Kau ni agak- agaklah. Tak sabar- sabar” rungut Dylla.
“Entah Ken ni. Kut ye pun majlis tu macam mana nak siapkan?” bela Syamira juga. Dylla menganggukkan kepala tanda setuju. Mujur ada rakan sekepala.
“Majlis tu lain punya cerita. Aku nak sebelum Dylla operation aku dah nikah”
Buku menu yang berdekatan dengannya Dylla ambil, lalu tubuh Ken yang sasa itu dia hempuk dengan buku menu. Berkerut dahi Ken seketika menahan perit.
“Kalau kau nak kahwin awal sangat. Pergi kahwin dengan orang lain.”
“Tapi aku nak kau seorang sahaja”
“Tapi aku tak nak”
“Yelah tu… Entah- entah dalam hati tu bukan setakat nak aku je.  Tapi siap nak nikah dengan aku hari ini juga” sakat Ken seketika seraya itu dia gelak bersama Syamira. Seronoklah mereka apabila dapat mengenakan Dylla.
Wajah Dylla sudah mula berubah tona buat kesekian kalinya lagi.
“Dah- dahlah kau sakat Dylla ni Ken. Karang aku betul- betul nikahkan korang hari ini”
“Aku tak kisah. Tapi masalahnya tok kadinya mana?”
“Tu.. hahh… Pak cik Bae’ tu punya kedai ada dekat seberang tu je. Nanti aku panggilkan. Tangan dia tu dah lama tak bergoncang tu”
Mereka tertawa bersama. Cis, ada sahaja modal mereka mahu membuatkan Dylla malu. Tangan Dylla cepat sahaja mencubit pinggang ramping si sahabat.
“Auww.. sakitlah Dylla… Janganlah cubit aku yang gebus ni” Syamira mengaduh sendiran sambil membebel.
“Tau pun sakit. Dah tu kau bila pulak nak nikah? Asyik sakat aku je kerja”
Syamira sudah memuncungkan bibir.
“Ala kau ni… aku ni memang dah lama nak nikah. Tapi aku mana boleh langkah bendul. Engkau kan belum kahwin lagi”
“Banyaklah kau langkah bendul. Dahlah malas aku nak layan kau”
“Alalalaa… merajuk pula dia. Ken pujuk dia cepat.” Pinta Syamira. Ken sudah tertawa. Dah buat salah dia pula kena pujuk? Haha.
“Sayang…” panggil Ken dengan lembut.
Bulu roma Dylla sudah menegak semacam. Dia cuba kawal reaksinya.
“Jangan merajuk…”
“Nanti awak jadi macam singa…” sambung Ken lagi lalu Syamira dengan Ken tertawa bersama.
Cis! Ada sahaja modal mereka mahu kenakan dia.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

***

“Aku terima nikahnya Nur Adllya binti Hashim dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai”
“Sah?” soal tok kadi. Kedua- dua saksi menganggukkan kepalanya apabila di tanya.
“Alhamdulillah”
Kini Dylla dengan Ken sudah menjadi suami isteri yang sah. Wajah Dylla yang ayu berbaju putih dia pandang dari jauh. Dylla sudah tertunduk malu di sisi ibu mertuanya. Walaupun wajah Dylla itu pucat tetapi bagi Ken wajah itu tetap cantik di matanya.
Acara pembatalan air sembahyang berlangsung. Ken datang dekat Dylla lalu dia menyarungkan cincin pada jari manis gadis itu. Dylla ikut sama menyarungkan cincin pada Ken lalu dia mencium tangan suaminya itu.
Apabila tiba masa untuk Ken mencium dahi Dylla serta merta Dylla tegah. Dahi Ken berkerut pelik.
“Kenapa?” soalnya sambil memandang wajah yang masih menunduk itu.
“A’ah Dylla kenapa?” soal ibu mertua Dylla pula.
Wajah Dylla sudah semakin memerah. Dia malu mahu bercakap.
“Menantu mama ni malu ye?”
Dylla angguk kepala.
“Ala… Sekejap je Dylla… Jangan malu okey?” pujuk Puan Amni.
Akhirnya Dylla akur. Ken sudah tersenyum melihat reaksi si gadis itu. Comel pula apabila melihatnya.
Dia mencium dahi Dylla dengan penuh syahdu. Selesai cium, banyak pula songeh si photographer. Suruh buat gaya itulah, gaya inilah. Penat Dylla dengan Ken mahu mengikut rentak mereka. Wajah Dylla usah dikatakan lagi, habis merah padam.
Usai majlis pernikahan mereka, Dylla pinta diri dahulu untuk masuk ke bilik. Terpegun dia seketika apabila melihat bilik yang bakal dia duduki itu di hiasi dengan cantik. Jantungnya berdegup kencang apabila memikirkan apa yang bakal berlaku. Seram pula rasanya…
“Sayang… awalnya naik atas” nada suara Ken berubah romantis tiba- tiba. Dylla terkejut apabila Ken dengan selamba badaknya memeluk badannya dari belakang. Pelukkan erat Ken dia cuba leraikan.
“Apa ni Ken? Aku tak sukalah” ujarnya malu- malu. Muka sudah bertukar warna.
“Ala.. Malu- malu pula…” kini hidung pula bergesel dengan telinga Dylla. Makk aih… Meremang bulu roma Dylla.
“Gatallah awak ni…”
“Gatal dengan awak je…”
“Pergilah peluk benda lain”
“Ala… awak je bantal peluk yang saya ada”
“Saya manusia bukannya bantal”
“Tapi sama je…”
“Tak!”
“Alaaa… nak manja dengan bini pun takkanlah tak boleh?”
“Tak!”
“Alaa…” Ken sudah memuncungkan bibirnya. Dylla di situ sudah seperti mahu gelakkan Ken sahaja. Perangai seperti keanak- anakkan.
“Ni bila nak lepaskan saya?”
“Lepas awak cakap cium pipi saya”
Kepala Dylla di toleh kebelakang lalu mata terbeliak besar tanda terkejut. Mak aih… Gatalnya suami aku ni, bisik dia dalam hati.
“Ala… Janganlah buat muka comel depan abang” sakat Ken lagi.
“Ei… bila masa…”
“Tu… Ni yang abang lagi takut nak lepaskan sayang…” pelukan dikemaskan lagi. Rimas Dylla jadinya.
“Pengsanlah saya kalau macam ni. Kuat sangat awak peluk” omel Dylla. Ken tergelak mendengarnya.
“Kalau saya cium mesti awak bangun balik”
“Ceh! Fikir ni cerita cinderella ke?”
“Awak memang cinderella saya…”
“Bila masa?”
“Tadi… Siap malu- malu lagi bila nak ambil gambar”
“Ken!!!!” marah Dylla apabila Ken mengungkit kembali kisah tadi. Serius dia malu gila. Ada ke patut photographer suruh Ken dengan dia buat aksi manja di hadapan khalayak ramai. Memang tidaklah. Kalau ikut photographer zaman mak ayah dia mana ada kena buat banyak gaya. Buat simple- simple sahaja.
“Saya takut tengok awak haritu…” luah Ken tiba- tiba. Dahi Dylla mula berkerut pelik.
“Kenapa?”
“Awak kena buat pembedahan.”
“Ala.. bukannya sakit mana pun” dalih Dylla. Padahal waktu itu dia juga cuak apabila kena buat pembedahan untuk buang kanser itu. Tetapi itupun doktor kata peluang untuk kanser itu datang kembali masih ada, selalunya dalam masa dua tahun.
Dia akan cuba untuk menghabiskan sisa hidupnya dengan baik walau dengan berbagai cara sekalipun. Nasib baik juga pada hari itu Ken setuju untuk menangguhkan pernikahan mereka sehingga dia selesai pembedahan. Walaupun sudah selesai, masalahannya sekarang ini berat badannya tidak mahu bertambah pula. Stress juga dia memikirkan hal itu. Tetapi bagi Ken, dia tidak kisah. Dia kata jika Dylla kurus kering pun dia terima. Nanti lepas kahwin dia boleh gemukkan Dylla balik. Eh? Gemuk tang mana tu? Entahlah Dylla pun tidak tahu.
“Tapi hati saya sakit…”
Dylla tergelak mendengarnya.
“Sakit dekat mana tu? Meh sini saya rawatkan”
“Nak rawat kena buat macam ni” ujar Ken sejurus itu muka Dylla dia cium bertalu- talu apabila tubuh si gadis itu dia pusingkan ke arahnya. Rimas Dylla di buatnya.
“Ei… tu gatal namanya…”
“Gatal dengan bini…”
“Eiii.. Gatal- gatal nilah saya tak suka!”
“Ala… tak sayang abang ke?”
“Tak!”
“Sampai hati… Penat abang sayang dia…”
“Sayang pun boleh penat ke?”
“Penatlah, sebab tepuk sebelah tangan mana ada bunyi”
Ceh! Ken main peribahasa pula.
“Bak sini tangan” minta Dylla. Ken bagi tangannya pada Dylla sejurus itu dia tepuk telapak tangan Ken.
Pap!
“Hah! Kan dah berbunyi” Dylla mula buat loyar buruk. Ken sudah tergelak. Hidung Dylla Ken cubit dengan geram.
“Nakalnya…” ujar Ken. Dylla sudah tersenyum sambil tersengih- sengih.
“Nakal dengan abang je…” Ken terkejut apabila Dylla memanggil dia dengan nama keramat itu. Berbunga- bunga hati dia seketika.
“Nakal dengan siapa?” soal Ken. Dia mahu dengar Dylla sebut gelaran itu buat sekali lagi. Dylla tersenyum.
“Kucing”
“Ala… Cakaplah lagi sekali…” pinta Ken.
“Kalau tak nak?” duga Dylla.
“Abang suruh Dylla menari tiang dekat sini”
“Eleh .. Boleh ke?”
“Boleh….”
“Haha.. Ok- ok! Macam ni… Dylla sayang abang!” luah Dylla pula. Cehh! Tadi orang suruh cakap lain. Ni dia cakap lain. Ken tersenyum sampai ke telinga. Dahi Dylla dia kucup buat kesekian kalinya lagi.
“Abang pun sayang Dylla”
“Betul ke abang pecat bodyguard abang hari tu?” Dylla mula bangkit kisah lama.
“Abang tipu je…”
“Ceh… Sampai hati tipu..”
“Kenapa nak mengorat dia?” soal Ken sambil mata sudah dibesarkan.
“Tak nak ngorat abang je…”
“Cis..”
“Abang, I love you”
“I love you too”
“I love you three”
“Dah- dah jum tidur. Penat abang nak layan”
Mereka tertawa bersama. Syukur kini mereka disatukan dalam ikatan yang sah. Hatinya gembira saat cintanya di terima oleh Dylla. Kata- kata syukur di ucapkan dalam hati. Terima kasih kerana mencintai aku, Dylla.

***

Beberapa tahun kemudian,
“Abang!!! Tengok Kasih ni… Dia tak nak mandi!” Dylla mengadu kepada Ken seraya itu dia berlari berkejaran mengejar anak mereka yang baru berusia 5 tahun itu. Ken tergelak melihat telatah mereka.
Akhirnya Kasih pergi ke arah Ken lalu menyorok di belakang badan sasa itu. Dylla mula memberhentikan lariannya. Fuh!!! Penatnya… bisik dia sendirian. Tangan sudah dicekakkan di pingangnya. Geramnya apabila Kasih tidak mahu dengar kata.
“Papa… mama jadi singa. Kasih tak nak mandi dengan mama” ujar Kasih pada Ken. Ken sudah tergelak lagi apabila Kasih mengatakan Dylla menjadi singa. Manakala Dylla sudah mula memuncungkan bibirnya. Tubuh si kecil dia angkat tinggi- tinggi lalu dia bawa dalam pelukkan.
“Mama jadi singa sebab Kasih tak nak mandi… Eii… busuknyaa anak papa…” kata Ken seraya itu pipi Kasih dia cium bertalu- talu. Kasih sudah tergelak kegelian.
“Kasih wangilah papa. Mama tu yang busuk… Tadi dia potong fishhh”
“Amboi… Mama wangi okey… Cuba bau ni” ketiak di angkat menghala ke arah Kasih. Sejurus itu terus Kasih tutup hidungnya itu.
“Ei… Mama tak tahu malu… Ketiak busyuk macam papa” kini giliran Ken pula yang terkena. Dylla dengan Ken sudah tertawa.
“Eh? Papa pula yang kena?”
“Mestilah… Dah- dah… Papalah mandi dengan mama… Kasih wangi lagi”
Hidung Kasih Dylla cubit dengan geram.
“Nakalnyaaa anak mama… siapa ajar?” soal Dylla.
“Papa ajar!”
Ceh! Asyik papanya sahaja yang kena. Kesian… Mereka tertawa lagi.
“Okay! Kita semua mandi sama- sama!” putus Ken seraya itu dia bawa Kasih pergi ke bilik mandi. Dylla hanya tersenyum sambil memandang dari jauh sahaja. Apabila menyedari Dylla tidak mengikutinya Ken berhenti sebentar.
“Sayang.. Jom mandi?” ajak Ken. Dylla geleng kepala tanda tidak mahu.
“Mama! Mandilah sekali… nanti busyukk macam papa!” ajak Kasih pula.
Cis! Papa lagi kena. Hidung si kecil Ken cuit dengan geram. Dylla sudah tertawa di situ.
“Kenapa asyik papa je yang kena kalau busyuk?” soal Ken pada Kasih lalu bibir dimuncungkan ke hadapan.
“ Mama yang cakap papa kalau papa malas nak mandi. Mesti papa tak mandi sepuluh hari” ujar Kasih dengan petah sekali.
Cis! Mama pula yang dipersalahkan. Dylla sudah angkat kedua- dua belah tangan sambil menggelangkan kepalanya apabila mata Ken mula pandang wajahnya.
“Ni mama mana yang cakap?” tanya Ken lagi.
“Mama granny!”  ucap Kasih seraya itu mata Ken dengan Dylla mula pandang ke arah Puan Amni yang mula memunculkan diri. Puan Amni sudah tersengih- sengih di situ.
“Apa? Mama pun nak rasa muda juga” ujar Puan Amni. Sejurus itu mereka berdua menepuk dahi masing- masing.
Tak sangka mama boleh gelarkan diri macam tu. Mereka geleng kepala.
“Mama granny pun boleh…”
“Papa! Papa! Mana papa granny?” soal Kasih tiba- tiba. Dylla dengan Ken sudah berpandangan lagi.
“Papa pun nak gelaran papa granny?” sebut mereka serentak lalu mereka tertawa bersama. Macam- macam sahaja kerana ibu bapa mertua Dylla ni. Dylla geleng kepala.
Syukur dia apabila ditempatkan dalam keluarga yang bahagia seperti ini. Rindu pada si mak dengan ayah dia simpan dalam hati lalu dia titipkan doa buat mereka. walaupun mereka jauh dari mata tetapi tetap dekat di hati. Moga mereka tenang di sana.
‘Mak, ayah.. Dylla bahagia dengan mereka. Terima kasih besarkan Dylla”


TAMAT

p/s: Mohon jangan cilpak dsb, Kalau ada something wrong just comment, insyaAllah akan perbaiki ^_^

No comments:

Post a Comment