Friday, 10 June 2016

'BotTS' (1)


Assalamualaikum.

Maaf. Act nak sambung cerita macam susah pulak sebab ada banyak Homework (pdhal blik umah terus tido. ganti tido yang pendek di sekolah+asrama)
Sorry. Mybe ni bukan citer yang menarik. Hope korang terima cerita ni seadanya. Even this is not 'love story'. 

Gomennasai
*tunduk maaf*

BotTS ni sebenarnya singkatan. Kalau nak tau? I think korang tak nak tau. Haha
Lagipun mana penting sangat pun.

Biar ini jadi rahsia kami.

For my beloved friends a.k.a sahabats.

Sorry korbankan nama kalian.

Hehe
*gelak jahat*

Diam- diam suda.... kalau dah tahu....

___________________________________________


Jam sudah tepat pada pukul 1.40 tengahari. Ini bermakna sudah tamat waktu kami bersekolah. Aku sudah tergeliat kecil. Sesekali aku merenggangkan tangan dan pinggang ku. Penat, mengantuk, semuanya aku rasa. Fist time aku cuba untuk tidak tertidur dalam kelas walaupun aku ini dulu seorang yang popular dengan kaki tidur di kelas. Alhamdulillah. Habis juga waktu kami belajar.

Kelihatan pelajar 4 Bijaksana beransur- ansur pergi keluar dari kelas untuk pulang ke rumah. Di situ hanya tinggal aku, liyana, izzah dan faraqen sahaja. Aku pandang ke arah mereka yang sedang mengemas barang lalu aku pergi keluar dari kelas itu. Aku lalu pada satu persatu kelas yang sudah di duduki oleh pelajar sesi petang. Kelihatan kelas- kelas sastera yang sudah lama pulang ke rumah sudah di penuhi oleh pelajar tingkatan 2. Sesekali aku hulurkan senyuman pada budak- budak yang sudang belajar di dalam kelas itu. 

Tangga yang berdekatan untuk pulang ke asrama aku guna. Aku turun menggunakan anak tangga ini satu persatu sampai ke anak tangga yang terakhir. Sambil aku turun sambil itu aku menyanyi lagu zikir lailahaillah berulang- ulang kali. Itulah zikir pebret aku. Zikir yang pernah buat air mata aku menitis semasa melihat cerita tentang pengorbanan seorang ibu untuk menyelamatkan anaknya. Ketika itu ada orang yang mahu menjual anaknya. Walaupun dia tengah sakit baru lepas beranakkan anaknya, dia tetap tekat untuk membawa anaknya pergi jauh dari situ walaupun pada waktu itu tengah hujan lebat. Akhirnya semasa dia mahu rehat, dia letakkan anaknya di atas bangku sambil mendodoikan anaknya yang sedang teriak menangis kerana kesejukkan. Akhirnya kerana terlalu jauh sangat berjalan, dia mati.

Kisah itu masih aku ingat lagi. Walaupun ianya bukannya kisah benar, tetapi ia tetap menyentuh hati ku. Dalam beberapa minit lagi aku mahu sampai di pagar, aku terserempak dengan Aqilah, Aisyah dan rakan- rakan seasrama yang pulang  sewaktu dengan kami. Dia sama sepertiku, memakai tudung labuh. Tetapi yang lainnya, dia lagi hebat dari aku. Di malam hari dia bangun untuk melakukan qiammullai. Manakala pada hari isnin dan khamis dia selalu berpuasa sunat. Aku kagum dengannya. Sifatnya menggambarkan peribadi muslimah yang baik. Aku kadang- kadang rasa cemburu melihat ke alimannya. Dia selalu berzikir, dia selalu berkata kata perkara yang baik, dia selalu kurang bercakap.

Sifatnya itu membuatkan aku cemburu, cemburu kerana aku tak mampu menjadi lagi hebat daripadanya. Sesekali itu pernah aku luahkan rasa cemburu ku lalu aku pinta maaf padanya kerana merasa cemburu yang amat. Tetapi dia mengatakan.

"Tak pe. Cemburu benda baik"

Aku berjalan beriringan di tepinya.

"Hai Aqilah" sapa ku padanya. Dia mengulumkan senyuman yang manis buat ku.

"Hai Ain. Assalamualaikum" jawabnya. Aku sudah tersipu- sipu malu. Baru aku menyedari bahawa aku lupa mahu memberi salam. 

"Waalaikumussalam. Heheee" jawab aku dengan malu. Agak- agaknya kalau ada blusher, mesti pipi aku dah merah. Haha. 

Setibanya kami di pagar yang memisahkan asrama dan sekolah kami, Aku melihat Aqilah memberhentikan langkahnya seketika lalu dia menadahkan tangannya untuk berdoa. Aku yang sudah terlajak laris a.k.a terlajak jalan senanya sudah memalingkan tubuhku kebelakang untuk melihat Aqilah yang berada di belakang ku. Terkejut aku tadi apabila melihat dia tiada di sebelah ku.

Dahiku sudah berkerut pelik apabila melihat Aqilah seperti membaca doa sesuatu. Aku mendekati dia yang sedang khusyu' berdoa dekat pintu pagar tersebut. Aku perhati sahaja tindak tanduknya itu. Setelah dia selesai membaca doa dia datang ke arahku.

"Aqilah baca doa apa tadi?" tanya Aku dengan pelik. Tahun lepas dia ajar aku baca doa nak pergi sekolah. Sekarang ni? Doa apa pula? Pelik. Aku tak pernah tau apa- apa pun. Dia yang mendengar soalan aku sudah tersenyum manis. Aduhai, comel je dia senyum. Memang betullah kata orang, senyum itu pengubat jiwa dan hati orang lain.

"Kita baca doa supaya bila kita balik ke asrama ni nanti kita membuat perkara yang baik" bagitahu Aqilah pada aku. Aku sudah mengangukan kepalaku tanda paham. Kami pergi berjalan bersama- sama ke Dewan Makan (DM) untuk memakan tengahari.

__________________________________

BotTS (1) Finish.

Thnks :)

Asrama mengajar aku sesuatu perkara yang baharu.

Mereka membawa aku mengenali sesuatu yang indah.

Walau apapun rintangan yang menghimpap diri kita.

Allah tetap ada buat kita.

"Aku juga mahu jadi kesayangan Allah"

<3

Ana uhibbuki fillah.

Syukran Jazillan my all sahabah.

Andai aku mati, ampunkan dosa-2 aku.

Thanks dik intan.

Awak banyak tolong akak.

"Sebab itulah intan suka kawan ngan akak. Akak alim"

*senyum*
......

Awak slh, akak belum baik lagi. Akak masih jahat. Dekat luar ni akak sebenarnya hipokrit intan. Akak masih belum mampu nak buang karat jahiliyah. Akak masih belum mampu nak buang sifat buruk akak. Dalam hati akak ni. Akak kotor. Awak lebih baik dari akak. Terima kasih intan

No comments:

Post a Comment