Sunday, 15 March 2015

Cerpen: Ini Kisah 'Aku'


Ini Kisah ‘Aku’

Cerita ini hanya rekaan semata- mata, tiada kaitan yang hidup mahupun yang mati. Hanya inginkan cerita ini dapat memberikan iktibar.


 Ibu tahukah dikau 
bahawa anakmu ini sentiasa merinduimu, menyayangimu dan sentiasa mencintaimu.
Ibu......
Maafkanlah anakmu ini....
Aku rindu mahu berdakapan dengan mu....

Ini kisah aku. Aku seorang budak yang jahat. Tetapi, aku tidaklah pernah dilabelkan sebagai budak jahat kerana aku sentiasa kelihatan baik di hadapan mereka. Aku juga manusia biasa, manusia yang pernah melakukan kesilapan. Di sebalik kisah ini jugalah aku mula menyedari satu perkara. Ya! Aku baru menyedari satu perkara, iaitu CINTA. Cinta ini berbeza. Cinta ini berlainan. Bermulanya kisah ini di mana….

“Iman, nanti pergi sana belajar rajin- rajin ye?” Aku yang mendengarnya hanya tersenyum sahaja lalu aku mengangguk kecil. Seusai aku bersalaman dengan keluargaku, aku terus melangkahkan kakiku ke arah asrama Saidatina.

Asrama itulah tempat pilihan aku suatu ketika dahulu untuk aku duduki, Asrama Taman Seri Wangi. Dari apa yang aku lihat, asrama ini tidaklah sehebat asrama- asrama di sekolah- sekolah abang dan kakak aku. Asrama ini sungguh banyak serba kekurangannya, kecil, dan tidak banyak kemudahan yang lain. Tetapi… tidak mengapalah bagi aku, asalkan aku mampu duduk di asrama ini walaupun hari itu aku terpaksa bergaduh dengan ayahku semata- mata mahu tinggal di asrama.

Setelah aku siap kemas semua barang- barang aku, kini aku melepaskan lelahku seketika di atas katil asrama yang keras itu buat seketika. Bagi aku katil yang keras ini pun sudah cukup empuk kerana di rumah aku bukannya mempunyai katil. Kami selalunya memang akan tidur di atas lantai beralaskan toto. Itupun sudah cukup selesa.

“Semua pelajar asrama dikehendaki berkumpul di dewan sekarang” kedengaran suara dari PA system bergema di setiap pelusuk asrama kami. Aku melepaskan nafasku dengan kasar seketika lalu aku turun dari atas katilku. Sesekali itu aku menghulurkan senyuman yang manis buat mereka yang bakal berkongsi satu bilik dengan aku lalu aku pergi bersiap untuk turun ke dewan.

HARI  yang sungguh menggembirakan buat aku hari ini kerana kami sudah habis melakukan aktiviti hari ini di dewan makan. Aktivitinya sungguh menggembirakan aku yang sememangnya suka melakukan aktiviti. Seketika otakku kembali mengimbas kejadian yang membuatkan aku garu kepala seketika.

“Sekarang ini saya mahu kamu semua pergi menunaikan solat Isya’ berjemaah di surau masing- masing selepas itu kita akan Supper (Minum malam)” ujar warden asrama kami, Pn Fariha. Aku yang mendengarnya hanya terangguk- angguk sahaja tanda faham.

“Baiklah, kamu semua boleh pergi sekarang” arah Pn. Fariha lalu kami semua berpusu- pusu keluar.

Sampai sahaja kami di surau saidatina aku sudah menggarukan kepala aku sedikit. Aduh… macam mana ni? Aku bukannya reti solat pon. Nak ambil air wuduk lagi? aduh… payahnyaa, bisik aku dalam hati lalu aku capai tekung aku yang sudah bertahun- tahun aku tidak gunakan itu.

Solat aku jadi litang pukang. Nasib baik kami solat berjemaah, kalau tidak mahu hancur solat aku. Aku bukannya ingat mana ingat sangat pon bacaan- bacaan ketika solat dan waktu nak sujud dan lain- lain.  Seketika aku teringat kembali di mana aku waktu berumur 5 tahun dahulu, aku sering di rotan oleh ayah ku jikalau aku malas solat atau ganggu orang solat dan aku teringat lagi di mana…

Aku berjalan- jalan dengan ibuku bersama dengan sahabat iaitu Makcik Mas, sambil aku berjalan- jalan aku bibil mugil ku perlahan- lahan cuba untuk menghafal bacaan ketika sujud dan rukuk semasa solat. Bersungguh- sungguh betul aku ketika itu untuk menghafal semua perkara itu. Aku sememangnya mudah menghafal surah- surah dan bacaan dalam solat semasa aku kecil dahulu. Tetapi sejak dari kejadian yang memeritkan bagiku, aku benci Sekolah Agama dan aku benci mahu belajar di situ. Aku mula tidak mahu mengambil tahu  dan mahu belajar langsung tentang agama aku. 

“Iman” panggil seseorang. Lamunanku hilang seketika. Wajah dia si pemanggil aku pandang dengan senyuman yang manis.

“Ye?”

“Jom pergi makan?” ajak Fatini. Aku menganggukkan kepala aku tanda setuju, lalu kami bersama- sama pergi makan di DM (Dewan Makan).

*********************
Kini sudah beberapa bulan aku menetap di asrama Taman Seri Wangi. Sepanjang aku tinggal dan bersekolah di situ, terlalu banyak perkara yang menyakitkan hati aku terjadi. Kes buli, kes tak puas hati dan lain- lain. Aku yang perangai gila- gila ni pon terkena dalam senarai itu sekali. Haih!  muka je mature tapi senang kena buli. Tak kurang juga, aku pernah dilabelkan ‘budak gila’ semata- mata perangai aku yang tak ubah macam kanak- kanak tadika. Kiranya banyak jugalah air mata aku ni mengalir buat mereka semua.

Walaubagaimanapun, ahli dorm aku tetap baik dengan aku. Even perangai aku ni tak matang langsung. Teringat lagi aku di mana kami ketika itu satu dorm main conteng muka dengan menggunakan water colour Maisara. Tergelak jugalah aku ketika kami masing- masing buat fesyen show kat tengah- tengah dorm dengan ada yang mukanya macam momok, hantu cantik dan lain- lain. Haha, dan ada satu perkara lagi yang membuatkan aku tergelak, iaitu semasa akak Hasma terjerit semasa melihat wajah aku yang tak serupa orang. Haduh, harap je ganas. Tapi penakut hantu. Macam- macam…

“Fatini” panggil aku.

“Ye? Kenapa Im?”

“Minggu ni balik rumah kan?” tanya ku padanya.

“A’ah. Weyh! Best gila kot… tak sabar aku nak balik rumah. Boleh tengok youtube banyak- banyak, boleh buat tu…. Buat ni… bla… blaa… blaa…” bebelnya padaku. Aku hanya tersenyum biasa sahaja, dari wajahnya aku sudah nampak betapa excitednye dia nak pulang ke rumah. Sedangkan aku? Aku tiada rasa apa- apa. Sudah memang sikap ku begini, sukar untuk memahami hati sendiri dan sukar untuk merasai sesuatu perkara.

“A’ah… tak sabar rasanya nak balik rumah” ujar ku bersahaja. Sengaja aku tunjukkan reaksi excited sepertinya kerana aku tidak tahu mahu memberi respon bagaimana.

Di rumah….

“Iman, tolong ibu sapu kat dalam rumah ni” panggil ibu. Aku yang sedang terbongkang di atas katil sudah mengeluh. Aduh! spoil betullah! Orang nak tidur ni… rugut aku dalam hati.

“Iman! Tolong ibu!” panggil ibu lagi.

“Iye… kejap lagi….” jawab ku dengan malas lalu aku sambung tidur ku lagi.

“Iman tolonglah ibu!” jerit ibu. Aku yang mendengar arahan dari ibu sudah membentak. Orang tengah ngantuk ni tak tau ke? Ish!

“Yelah! Yelah! Eiii” jerit aku lalu aku bangun dan capai penyapu yang telah ibu letakkan di ruang tamu rumah.

“Tak habis- habis susahkan orang” rungut aku sambil menyapu ruang tamu rumah dengan ala kadar. Seusai siap, terus aku letakkan penyapu di tempat asal lalu aku kembali masuk ke dalam bilik tidur aku.

Laptop milik kepunyaan kakak aku, aku buka. Nak tidur tak mengantuk dah. Jadinya aku bukak laman sosial lagi bagus. Sedang aku syok bermain permainan online yang berada dalam facebook tiba- tiba nama ku di panggil lagi. Ish! Tak boleh kasi orang senang langsung ke?  Sakit pula hati aku ni, kan bagus kalau aku dapat hidup dengan aman sedikit?

Pintu sudah aku bukak dengan kasar lalu aku sengaja hempaskan pintu bilik itu. Kelihatan bahu ibuku sudah terhenjut sedikit akibat terkejut dengan bunyi kuat itu. 

“Ibu nak apa lagi! Orang balik rumah nak rehat, dia kacau orang! Ei… tak boleh ke kasi orang aman sikit? Kalau macam tu baik orang duduk asrama je!” marah aku dengan kasar. Ibu ku jadi bungkam. Terkejut dia seketika apabila dia mendengar aku memarahinya. Ini bukannya sekali, tetapi sudah berkali- kali.

“Maafkan ibu…” ucapnya lalu tanpa aku menyedari, air matanya menitis di pipi.

“Maaf maaf maaf! Tak ada kerja lain! Pastu buat lagi! hish!” marah ku lagi lalu aku masuk ke dalam bilik aku semula. Pintu bilik ku itu di hempasnya dengan kasar.

“Tak habis- habis kerja nak kacau orang je! Buat menyemak je. Takda ibu lagi bagus”bebel aku sorang- sorang dalam bilik. Akibat rasa marah, perkataan yang tiadak sepatutnya juga terkeluar dari bibir ku. Habis semua barang yang berada di dalam bilik itu aku campak hingga berkecai. Geram- geram… sangat- sangat. Tanpa aku sedari, ibu yang berada di luar pintu bilik aku sudah mendengar amukkan aku itu. Menitis air matanya dengan lebat.

Ibu manalah tidak sedih apabila anaknya berkelakuan sebegitu. Hampir hancur luluh hati ibu apabila mendengar kata- kata itu. Dia berasa seolah- olah dia bukan ibu yang baik. Andai dengan tiadanya dia mampu memberi kebahagiaan buat anak, dia rela di jemput Illahi.

**********

“Stand up class” kedengaran suara ketua kelas memberi arahan kepada kami semua apabila melihat guru bahasa inggeris kami sudah memasuki di dalam kelas kami.

“Good afternoon teacher” ucap ketua kelas lalu di ikuti oleh kami.

“Okay, good afternoon. Sit down, and Iman sini kejap” panggil Pn Azwati pada ku. Aku yang mendengarnya sudah menjadi pelik. Asal aku kena panggil ni? Aku berasa cuak sekejap.

“Ya ada apa cikgu?” tanya aku dengan pelik setelah aku sampai dihadapannya.

“Awak pergi kemas semua barang awak sebab ayah awak dah tunggu awak kat bawah. Bersabar ye?” kata Pn Azwati pada ku dengan perlahan agar tidak di dengari oleh semua rakan- rakan kelas ku lalu bahuku di tepuk pelahan olehnya. Aku hanya mengangguk kecil sambil terpinga- pinga dengan kata- kata cikgu yang agak pelik itu, lalu aku ikut sahaja arahan cikgu itu.

“Im, kenapa cikgu panggil kau?” tanya kawan aku yang duduk di sebelah mejaku iaitu ,Karmalia.

“Entah. Cikgu kata ayah aku datang hari ni so, aku nak pergi dulu. Bye” katau padanya lalu beg yang sudah siap di isi dengan peralatan tulis ku, aku bawa bersama untuk turun ke bawah. Tidak lupa juga aku sebelum keluar kelas, aku menyalami tangan Pn Azwati sebelum aku keluar dari kelasnya.

Setiap langkah kakiku menuruni anak tangga, jantung aku berdengup dengan kencang. Aku berasa seolah- olah hari ini ada yang serba tidak kenanya. Sampai sahaja aku di hadapan ayahku lantas bibir ku bertanya kepadanya.

“Kenapa ayah datang?” sesekali itu aku mencari kelihat ibu. Kelihatannya dia tidak ikut ayahku bersama untuk berjumpa dengan ku.

“Pergi balik asrama jap. Lepas tu kemas barang dan balik rumah” arah ayah ku tanpa menjawab langsug pertanyaan ku itu. Dahi aku sudah berkerut pelik.

“Okay… tapi mana ibu yah?” tanya aku lagi. Kelihatan wajahnya tiba-tiba berubah. 

“Pergi kemas barang cepat! Pastu balik rumah!” arah ayah aku lagi denagn suaranya yang tegas itu

“A.. O.. Ok ayah… orang pergi kemas barang dulu” kataku dengan tergagap lalu beg sekolah ku yang masih disangkutkan pada bahuku aku lurutkan dan letakkannya di dalam kereta wira second hand ayahku itu.  Setelah selesai, langkah kakiku bergerak menuju ke arah asramaku yang terletak tidak jauh dari sekolahku. Untuk sampai ke sana, aku hanya memerlukan masa dalam 2 atau 3 minit sahaja.

 Ayahku pula dia hanya menunggu di luar pagar asrama sahaja kerana bak katanya, membazir minyak je kalau bawa kereta semata- mata nak pergi dekat asrama. Sambil aku berjalan dan memikirkan atas kenapa ayahku datang ke sekolah dengan secara mengejut, tiba- tiba kotak memoriku mula memainkan peranan dengan membuatkan aku teringat dengan satu peristiwa yang amat menyakitkan hati aku sepanjang aku tinggal di asrama.

KEBIASAANNYA semua pelajar asrama yang bersekolah pada sesi petang akan melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi setelah mereka semua selesai bersarapan pagi dan morning call.  Sewaktu kami mahu memulakan aktiviti riadah bersama- sama dengan seperti apa yang rancang, kami semua di kehendaki membuat satu bulatan besar. Tanganku sudah bersiap sedia untuk memegang tangan sesiapa untuk di pegang, lalu tangan yang ku hulurkan itu tidak bersambut. Berkerut dahi aku seketika lalu aku memandang dia dengan pelik. Wajahnya yang selamba membuatkan aku jadi pelik, lalu aku cubalah pergi ke satu persatu orang untuk memegang tangan mereka. kelihatannya, semua orang tidak sudi untuk menerima aku. Apakah yang terjadi? Aku berasa seolah- olah di pulaukan. Air mata yang bergenang di tubir mataku, aku tahan buat seketika.

Sesekali aku dengar sok sek- sok sek dari mulut mereka mentertawakan aku. Ya! Sekarang ini aku menjadi bahan tawa mereka, lalu dengan rasa sakit hati dan sedihnya aku pergi duduk di dalam bilik prep (bilik belajar)  keseorangan. Air mata yang di tahan, akhirnya tumpah jua. Sakitnya hati ini hanyaTuhan sahaja yang tahu. Gengaman tanganku semakin erat, lalu aku tumbuk dinding yang berdekatan dengan ku itu dengan kuat. Caraku itu seolah- olah aku ingin melampiaskan segala kemarahan dan sakit hati yang terbuku di dalam hati.

Langkah kakiku kini sudah sampai di asrama Saidatina. Aku dengan pelajar senior sesi pagi kurang masalah, tetapi dengan mereka yang bersesi petang aku memang sangat bermasalah kerana semua perkara yang aku lakukan, pasti ada yang tidak kena di mata mereka. What the heck?! Arghh! Rasa amarah kini datang lagi lalu genggaman tanganku sudah bertambah kuat sehingga menampakkan urat- urat hijau.

Nafas di tarik sedalam- dalamnya lalu aku gagahi kakiku untuk naik ke dorm aku. Air matanya yang mula gatal bertenggek di kelopak mataku aku tahan. Kelihatan beberapa pelajar sesi pagi memandangku dengan pelik kerana sepatutnya aku berada di sekolah, bukan di asrama. Pada waktu persekolah,  kami pelajar asrama di larang untuk pulang ke asrama kecuali jika kami mempunyai hal- hal yang penting sahaja.

“Im, kenapa balik asrama ni? Bukan Im sepatutnya ada dekat sekolah ke?” tanya Kak Cami padaku dengan lembut. Aku tersenyum hambar mendengar pertanyaannya itu.

“Hari ni Im kena balik rumahlah kak, Im nak kemas barang. Nanti akak tolong inform dekat K.A. (Ketua Asrama) boleh?” Kak Cami mengangguk tanda setuju lalu aku naik ke dorm aku untuk bersiap segala barang yang perlu di bawa pulang bersama.

******

Kereta yang di pandu oleh ayah kini sudah diparkirkan di hadapan Hospital Serdang. Aku sudah berkerut dahi tanda pelik apabila melihat ayah tidak membawaku pulang ke rumah. Siapa yang sakit ni, tertanya- tanya aku dalam hati. Hendak bertanya, rasa berat pula mulut ketika itu.

Langkah kaki kami berjalan beriringan menuju ke wad ICU. Kelihatan kakak dan abangku berada di luar wad tersebut dengan wajah sungul. Wait? Mana ibu? Tertanya- tanya aku lagi.

“Kakak, kenapa ni?” tanya aku padanya. Kakak sudah mengangkat wajahnya lalu dia memandang aku. Matanya kelihatan berwarna merah seperti baru sahaja lepas menangis, lalu dia mendakap tubuhku sambil menangis tersedu sedan. Aku di sini hanya terkaku. Wajah ayah dengan abang aku pandang satu persatu tanda meminta penjelasan.Apa ni? Aku tak faham….

“Kakak…?” aku sudah berasa pelik yang teramat sangat.

“Iman, jom masuk dalam. Tengok ibu…” ajak ayahku. Saat itu jantungku seperti mahu luruh sahaja. Tengok ibu? Maknanya… ibu…. Ibu… yang sakit….

Air mataku yang sudah bergenang di kelopak mata, aku tahan seketika. Aku cuba berlagak kuat walaupun aku tahu yang sekeping milik hati ini sebenarnya sudah rapuh. Aku menganggukkan kepalaku tanda setuju lalu aku leraikan pelukan kemas kakakku itu. Sesekali aku tepuk bahunya tanda menyuruh dia bersabar.

“Aku pergi jenguk ibu jap. Jaga diri tu baik- baik” pesanku padanya lalu langkah kakiku mengikuti ayahku yang mula masuk ke dalam wad ICU. Memang sudah ditetapkan syaratnya begitu jika hanya 2 orang sahaja yang boleh masuk di dalam wad itu. Aku memasuk wad itu dengan penuh debaran. Di sini aku dapat lihat perbagai ragam manusia yang sedang melayan kerenah rakan- rakan atau keluarga mereka yang sedang sakit. Sesekali aku dapat melihat ada yang sedang mengalunkan surah yassin buat orang yang mereka sayangi itu.

Aku berjalan dengan penuh debaran. Apabila aku sudah sampai di katil yang menepatkan ibuku, terus sahaja hatiku berasa sebak. Air mata yang ingin tumpah aku tahan lagi. Aku tidak mahu kelihatan lemah di hadapan ayah. Aku kemam bibirku dengan kuat. Aku lihat ibuku terpaksa memakai alat bantuan pernafasan dan dibadannya juga sudah banyak wayar yang berselirat.

“Ayah… orang nak cakap dengan ibu kejap…” pintaku pada ayah. Aku tidak mahu sebarang kata- kataku di dengari oleh ayah. Agak janggal rasanya jika ada yang ikut mendengar sekali. Ayah mengangguk tanda setuju lalu langkah kakinya di bawa pergi keluar dari situ.

Setelah aku yakin bahawa ayahku sudah jauh dari sini, tanpa di pinta air mataku jatuh luruh jua. Aku sudah tidak dapat menahan sebak yang bertakung di dada. Ya Allah… peritnya hati ini. Aku duduk di atas kerusi yang telah disediakan lalu tangan ibu yang sudah tua itu aku pegang seakan- akan mahu menyalurkan kekuatan buatnya. Tangannya aku cium berkali- kali. Tiba- tiba aku teringat kembali kata- kataku pada beberapa minggu yang lepas.

“ Buat menyemak je…Takda ibu lagi bagus”

Air mataku sudah mengalir begitu lebat. Allah… maafkan Iman bu….

“Ibu... Iman sayang ibu… ibu …. Bangunlah ibu…. Kami perlukan ibu” kataku sendirian sambil menangis ter esak- esak.

“Ibu…. Iman mintak maaf bu… Iman janji lepas ni Iman jadi anak yang baik…. Ibu….” Tiba- tiba tangan ibu bergerak. Aku jadi terkejut. Wajah ibu aku tatap dengan penuh rasa penyesalan.

“Ibu… Ibu… dah sedar? Kejap… biar Iman panggil ayah…” baru sahaja langkah kakiku mahu pergi memanggil ayah, tiba- tiba tangan ibu menggenggam tanganku tanda menyuruh aku tunggu di sini.

“Maa… Maa… Maafkan… Ibu…” kata ibuku dengan lemah setelah alat bantuan perfasan itu dibuka olehnya. Air mata yang sudah kering tadi mula mengalir lagi. Aku dapat lihat wajah ibu tersenyum seketika.

“Tak.. Takk… ibu tak salah… Iman yang salah…. Ibu…. Maafkan Iman…. Jom balik rumah bu. Iman janji lepasni Iman akan jadi anak yang baik…. Ibu please….” Pujukku. Tangannya yang lemah sedaya upaya dia cuba untuk lapkan air mataku. Aku capai tangannya lalu genggam tangan itu dengan lembut tanda menyuruh tangannya berhenti bergerak.

“Anak ibu…. Jangann… na…nangis… ibu sayang Iman, kakak, abang dan ayah Iman…. Iman janji jangan nangis ye? Ibu tak lama….” Katanya dengan lemah. Seusai dia berkata begitu, ibuku sesak nafas. Aku menjadi kalut lalu butang yang berada di tepi katil aku tekan.

“Ibu… Ibu…. Jangan tinggalkan Iman… bu!!!” rayuku padanya bagai orang gila. Kelihatan beberapa nurse dan seorang doktor bergegas datang ke situ. Genggaman tangan ibu makin erat. Aku berasa sebak lalu tiba- tiba nurse yang berada di situ memaksa aku untuk keluar dari situ.

“Ibu… you’re strong girl! I miss you…. Jangan tinggalkan Iman bu…” kataku padanya lalu mahu tidak mahu genggaman tangannya terpaksa aku leraikan. Aku dapat lihat air matanya mengalir saat aku melepaskannya dan aku juga sedar bahawa bibirnya ada mengatakan sesuatu buatku.

“Adik perlu tunggu di luar. Jangan ganggu kami” kata nurse tersebut lagi apabila melihat aku masih kaku memandang ibuku. Air liur di telan pahit lalu dengan lemahnya aku berjalan menuju ke pintu keluar. Baru sahaja aku keluar, tanpa sengaja aku sudah pengsan di hadapan ayahku.

*********

Kini sudah 1 tahun ibuku meninggalkan aku. Tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah ku aku pergi keseorangan tanpa di temani oleh sesiapapun. Aku duduk di hadapan kubur ibu sendirian lalu aku sedekahkan al- Fatihah dengan Yassin buatnya. Air mata sudah mengalir di pipi. Sebak rasa di dada saat di khabarkan ibu sudah meninggalkan kami buat selama- lamanya. Hancur luluh hatiku saat itu. Kini aku teringat kembali kata- kata ibuku sebelum dia meninggalkanku.

“Ibu sayangkan Iman sangat- sangat…”

Itulah kata- kata hikmatnya saat dia hampir di jemput ajal. Hampir 4 bulan juga aku menjadi seorang yang pemurung selepas kehilangan ibu dan dalam 4 bulan juga aku mula mengenali Tuhanku sendiri. Dia mula mengetuk pintu hatiku saat aku di hurung rasa kesedihan, kesunyian dan lain- lain lagi. Setiap solatku juga aku mula banyak menangis dihadapannya. Ternyata saat aku mula mengenali Nya, hatiku mula di jentik satu rasa yang tidk pernah aku rasa sebelum ini, iaitu ketenangan. Ya, ketenangan yang tidak terperi. Saat itu jualah aku mula mencintai Tuhanku iaitu Allah.

“Ibu… Iman janji, Iman akan jadi anak yang membanggakan ibu dan ayah pada hari akhirat nanti… Iman pun sayangkan ibu…” kataku dengan lembut sambil aku mengukirkan senyuman yang manis buatnya. Angin yang damai sesekali menuip wajahku. Tudung labuhku yang di tiup aku biarkan ia berkibar- kibar.

“Ibu…. Kita jumpa dekat sana nanti ye bu?  InsyaAllah time tu Iman harap Iman akan bawa mahkota yang cantik buat ibu…. Ibu janji kena tunggu Iman tau….” Kataku bersendiran lagi. aku berkata- seolah- seolah ibu mampu mendengar bait- bait kataku ini.

“Ibu…. Selamat tinggal bu….. Iman pergi dulu……” kataku dengan sebak lalu aku pergi meninggalkan tanah perkuburan ibu.


‘Ibu…. Iman janji lepas ni Iman akan jadi anak yang baik seperti apa yang ibu harapkan’ bisikku dalam hati lalu aku mengukirkan senyuman yang hambar.

-TAMAT-



P/S: Moga ia mempu memberikan manfaat buat kita semua....
Maaf andai ad salah n silap. 

Kalau ada mohon tegur.

Seperti yang dikatakan, cerpen ini tiada kaitan dengan sesiapa, mahupun yang hidup atau sudah mati. Hanya pinjam beberapa nama sahabat saya untuk dalam watak ini.

Buat yang sedang kesusahan kuatkan diri.

Masih ramai yang perlukan kau.

Kuat. Kuat Kuat.

Saturday, 21 February 2015

Pembetulan Penulisan


Hai, Act saya nak kongsi je tentang penulisan yang selalu orang salah guna pakai.

Ceh!

Tah betul ke tidak ayat aku ni haha (//slap)

Kebanyakannya kita selalu tak sedar yang ejaan kita salah.
Oleh itu, meh sini saya bukak mata anda semua seluas- luasnya (//slap)


Kesalahan Ejaan
  •  - Kebanyakkan (Orang selalunya tidak sedar bahawa eja 'kebanyakkan' ni salah. Ejaan yang betul tiada 2 'k' hanya satu 'k' sahaja) Yang Betul : Kebanyakan


Sebab:  -Ia di eja begitu kerana hukum tatabahasa dah memang macam tu. nak ubah? tak boleh!
             - apabila imbuhan 'ke' di hadapan yang betulnya macam ni 
                ke........an [betul]
                ke........kan [salah]

Kata Jamak
  •  Apabila kata jamak + kata ganda [x] (salah)

          contoh:- 1) Semua rakyat- rakyat (salah)
                        2) Semua rakyat              (betul)
          
                        1) Banyak orang- orang (salah)
                        2) Banyak orang             (betul)

Sebab: Kata Jamak yang berada di hadapan sudah menunjukkan benda itu banyak. Jadi kenapa perlu gandakan sedangkan kata jamak itu sudah menerangkan bahawa benda itu banyak.

______________________________

Ok.

Alhamdulillah.

Sekian dari saya.

Moga ia bermanfaat.

Assalamualaikum

psstttt: info daripada guru Bahasa Melayu saya.

Friday, 20 February 2015

Akhirnya

Assalamualaikum.

Kah!!!!

Akhirnyaa...

Blog ni dah ok.

Rupa-2nya blog ni terlalu berat sebab banyak widget n lain-2

So?

Aku sayang blog ni :D

*mybe aku update apa-2 nanti T-T*

Alhamdullilah

ok gak...