Monday, 3 February 2014

Nama Blog

Hai, seperti yang saya katakan .. karya saya akan di letakkan di blog lain.. maaf ... nysahkan korg je kan.. maaf ye... saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi sokong karya saya dan sudi bace karya saya :) Dari hujung rmbung ke hujung kaki saya memohon ampun ... saya harap korg dpt memaafkn saya :) thanks for everything :) arigato gozaimasu..

[Neko-chan is cute :) klik pic ni, link blog karya]

untuk pergi ke blog baru saya .. korg kne klik img kucing tu :) neko chan :) hehe thnks krn sudi melawat blog saya yang x cntik ni :)

by~Ain Mat Salleh

Sunday, 2 February 2014

Pindah Karya?

Assalamualaikum kepada semua pembaca... saya ingin memohon sejuta kali kemaafan krn saya perlu memindahkan karya saya ke blog lain .... krn di blog ini ada masalah skit .. (mslh kat dlm blog ni dh lme ade cme ia x leyh diperbaikikan) maaf .. sepatutnya sebelum saya buat sesuatu .. saya perlu fikir terlebih dahulu.... blog itu mybe akn dibiarkn or ... x tau lgi  ttp ... klu bkn dulu saya buat bnda pelik2 kat blog ni mesti blog ni x jdi mcm ni _ _'' maaf ye? ... blog ni mmg dh nazak .... adehhh blog dr kurun saya sek rendah lgi .... (sygnye blog ni _ _'') tpi terpaksalah blog ini di biarkn sepi semuala .. mybe~ gomennasai .. aasif ... mianhaminda...


by~
Ain Mat Salleh

Saturday, 1 February 2014

Cerpen: Siapa Dia?

hai... ari ni sye nk kongsi ttg cerpen ni _ _'' erkk?? sbnrya cerpen ni dh le kite buat ... cme..... blum siap smpai skrg hehe :) gomennasai..... aasif ... adehhh _ _''' maaf tgn penulis ni gtl sgt smai nk nari je kt keyboard _ _' erkk... k lh slmt mmbce kiki

Cerpen: Siapa Dia?

[siapa dia?]

Natrah memandangan pemandangan di dada langit yang berwarna biru itu dengan pandangan yang kosong sambil itu dia berbaring di atas rumput di halaman banglo rumah keluarganya lalu tangan kanannya itu di angakat ke atas tanda seperti ingin menggapai langit. Pada waktu itu Natrah seperti merasakan jiwanya kosong, sepi, ibarat kanvas yang kosong, putih tanpa warna. Jiwanya berasa sepi sangat tanpa penghuni. Dia kini ibarat seperti orang bisu. Hidup yang dilaluinya ibarat sampah yang merosakkan hatinya.

Baginya Natrah yang dulu sudah mati, Natrah yang dulu sudah hilang dan Natrah yang dulu adalah kesilapannya yang lalu. Dia sekarang ini lebih selesa hidup keseorang tanpa sesiapa disisi dan tanpa peneman. Dia cukup benci dengan Natrahnya yang lama.

Tanpa Natrah sedar disebelahnya kirinya ada seorang lelaki sedang duduk bercangkung sambil melihat mukanya lalu tanpa segan silu lelaki itu mencantumkan tapak tangannya dengan tapak tangan Natrah yang di sebelah kanan. Tersentak Natrah apabila dia melihat tapak tangannya bercantum dengan tapak tangan lelaki itu. Dengan tergesa- gesa Natrah bangun daripada pembaringan dan dia menarik kembali tangannya. Badan Natrah sudah menggigil ketakutan lalu tanpa pamitan Natrah pergi berlari memasuki ke rumahnya tanpa memandang kebelakang kembali.

Ibubapa Natrah yang melihat perlakuan pelik Natrah itu sudah memandang Natrah dengan pelik lalu mereka kembali melakukan kerja masing- masing tanpa memikirkan Natrah. Lelaki tadi sudah menggelengkan kepalanya sambil itu tangannya sudah melekap di atas dahi lalu di tertawa kecil apabila mengingati reaksi lucu Natrah itu tadi.

“Wei! Kau dah kenapa gelak sorang- sorang, Hanif?” sergah Alfi sambil itu tangannya menepuk bahu Hanif. Hanif yang tergelak sorang- sorang tadi sudah terkejut lantas itu bibirnya berhenti gelak lalu dia mengurut dadanya perlahan.

“Haish! Terkejut Mak Jamah tau” kata Hanif sambil itu dia membuat gaya ala- ala mat sutun. Alfi yang melihatnya sudah tertawa terkekeh- kekeh. Ish- ish... Kawan aku ini adik beradik dengan langsuir ke? Kalaulah lagsuir ada kat sini, mesti langsuir tu dah mengaku yang si Alfi ni kembar dia, ngumpat Hanif dalam hati.

“Woi! Kepala ngek kau Mak Jemah, sejak bila kawan aku ini jadi lembut?” tanya Alfi kepada Hanif lalu dia menjentik dahi Hanif sambil itu dia menyambung kembali ketawanya itu.

“Aku jadi lembut sejak kau terjah aku tadi” jawab Hanif dengan selamba sambil dia menggosok perlahan dahinya yang dijentik itu.

“Ye ke cik adik? Kalau macam tu kenapa tak jadi lembut awal- awal, kalau tak boleh abang ngorat cik adik awal- awal” usik Alfi sambil tertawa mengekek- negek. Hanif yang mendengar gurauan Alfi turut tertawa juga.

“Ha ha ha, ngek lah kau ni, sejak bila kau ni gay, ha ha ha, dahlah daripada aku layan kau yang gelak mengalahkan langsuir ni, lebih baik tanya kau satu soalan” kata Hanif.

“Lorh, tak nak layan aku dah ke? Haish! Aku tak puas lagi ni he he he, tapi kau nak tanya apa? Macam serius je, macam tak serius je” ajuk Alfi seperti kata- kata Shasha lalu dia tertawa sekali lagi. Sepatutnya aku nikahkan sahaja si Alfi ni dengan si Shasha, secocok, gumam Hanif dalam hati sambil itu dia menggeleng- gelengkan kepalanya .

“Ah! aku nak tanya, siapa perempuan tadi tu? Kakak kau ke?” tanya Hanif kepada Alfi. Apabila mendengar pertanyaan Hanif itu, sepontan ketawanya itu mati.

“Perempuan mana pulak ni? Dan sejak bila aku ada kakak ni? Kau salah pandang kot” jawab Alfi lalu dia menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal itu.

“Hish takkanlah aku salah pandang. Hurm, senang ceritalahkan, muka dia seiras dengan muka kau, sebijik sikit. Lepastu mata dia warrna coklat hazel” terang Hanif kepada Alfi. Alfi yang mendengarnya mula- mula mngerutkan dahinya seperti ingin mengingati sesuatu lepas beberapa minit kemudian mukanya tiba- tiba bertukar pucat.

“Eh? Perempuan? Tak silap aku kat rumah aku ini tak ada perempuan lain kecuali Bibik Enah dan mama aku je. Lagipun aku ni hanya anak tunggal je, dulu aku adalah adik perempuan kembar seorang tetapi dia dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya” ujar Alfi dengan sedikit resah. Hanif yang mendengar jawapan Alfi itu terus memandang tajam ke arah muka Alfi tanda meminta kepastian. Boleh percaya ke kata- kata si Alfi ni? Kadang- kadang Alfi ni jenis yang menipu jugak, bisik hati Hanif.

“Apa? Betul lah apa yang aku cakap. Lagipun aku yang duduk dekat rumah ni, aku taulah” sambung Alfi lagi dengan tegas. Dia sengaja berkata sebegitu agar  Hanif tidak ragu- ragu dengan omongannya itu tadi. Harap- harap Hanif tidak dapat menghidu seseuatu perkara yang ingin disembunyikan olehnya.

Hanif yang melihat wajah Alfi sudah berpeluh- peluh terus memandang lebih curiga kepada Alfi. Lagipun apabila melihat cara Alfi bercakap itupun sudah membuatkan Hanif berasa terlebih curiga.

“Kalau macam tu tak apalah, aku pergi balik dahulu”

“Eh? Kau tak nak minum air dulu ke? Lagipun, bukan tadi kau baru sampai ke? ”

“Hurm, takpalah lain kali sahajalah. Lagipun tadi aku baru ingat yang aku ada hal penting yang perlu di uruskan” ujar Hanif lalu dia pergi ke arah Alfi dan berbisik kecil di telingan Alfi. Alfi yang mendengar kata Hanif itu terus menjadi kecut. Apabila melihat reaksi Alfi, Hanif tersenyum sinis sambil itu dia menepuk sebelah bahu Alfi lalu dia pergi ke arah kereta kesayangannya.

                             ***************************************

“Hei, Perempuan! Kau ni memang pembawa sial tau tak? Selepas kau dah hancurkan hidup anak perempuan aku, sekarang ini kau nak hancurkan hidup anak lelaki aku pulak ke hah? dasar perempuan tak sedar diri! Anak pungutan! Aku dah berikan kau kemewahan tetapi begini kau balas pada aku? Dasar perempuan tidak kenang budi. Mulai saat ini, kau bukan lagi ahli keluarga ini! Aku tak ada anak tiri lagi. Anak tiri aku dah mampus. Aku nak kau pergi kemas baju kau sekrang dan aku tidak mahu lagi melihat muka pembawa sial kau tu” sambil Puan Mazlin memarahi Natrah, dia menunjal- nunjal kepala Natrah dengan kasar sampai terduduk Natrah akibat tunjalan yang amat kuat daripada Puan Mazlin.

Alfi dan ayahnya, Encik Wafi hanya melihat tv sahaja tanpa menghiraukan suasana itu. Bagi mereka Natrah bukan ahli keluarga ini, meraka sudah malas mahu mengambil kira pasal Natrah. Bibik Enah yang melihat keadaan sebegitu sudah menangis teresak- esak lalu dia pergi meluru ke arah Natrah dan memeluk Natrah dengan erat. Hatinya berasa hiba apabila melihat Natrah diperlakukan sebegitu.

“Puan, cukuplah puan. Janganlah puan buat Natrah macam ni puan. Kalau Puan Nadrah masih hidup, mesti dia berasa amat sedih apabila melihat anak kesayangan dia menjadi sebegini. Bukankah Puan Nadrah sudah sampaikan amanat pada puan supaya puan menjaga anaknya. Sudahkah puan lupa?”tanya Bibik Enah dengan sayu sambil air matanya turun bercucuran. Encik Wafi yang baru sahaja bangun dari sofa terus terduduk apabila mendengar nama arwah isterinya di sebut. Niat mahu meminum air terus terbantut. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang. Hatinya menjadi resah gelisah.

“Kau jangan nak menyibuk dalam urusan keluarga aku. Kau tu hanya orang gaji sahaja, orang macam kau ni tak layak untuk menegur aku. Aku ni boss kau faham?” tanya Puan Mazlin dengan berang.

“Faham Puan” jawab Bibik Enah dengan lemah.

“Hah! kalau kau dah faham, aku nak kau tolong perempuan sial ni kemaskan baju dia. Kalau boleh aku tak nak tengok satu helai baju dia pun dalam almari itu” arah Puan Mazlin lalu dia pergi meninggalkan Bibik Enah dengan Natrah di situ.

Natrah yang dari tadi diherdik hanya mendiamkan diri. Riak wajahnya kelihatan tenang sahaja seperti tiada apa- apa yang berlaku sebentar tadi. Alfi yang melihat kelakuan Natrah sebegitu terus menjadi pelik. Kenapa Natrah nampak macam selamba sahaja? Bukan sepatutnya kalau orang lain dah menangis macam nak gila dah ke? tertanya tanya Alfi dalam hati.

bersambung~
p/s: maaf sbnrnya kite nk post citer ni bile dh siap hehe :) ttpi tiba2 trasa nk post skit hehe ... maaf ... nnt mesti korg tertunggu2 lagi  _ _'' gomennasai... maaf klu citer ni ade yg terkurang, tertypo atau lain2 hehe :) thnks sudi bace :)