Wednesday, 18 December 2013

Novel: Rahsia Di Sebalik Memori Yang Lalu Bab 1

Hai2 Assalamualaikum ngeee haha >.< korg pe khabar? hehe saya x sehat sikit ari ni uhuk2 haha >.< maaf di ats kelewatan menyiap bab 1 hehe.. tdi saya ade wat salah smpai kne tgor ngan sifu psl bab 1 ni haha >.< thnks ats tegurran sifu ehehe... maaf klu citer ni x best ^_^ thnks sudi bce .. maaf klu kite typo ehehee ^_^ klu ade ape2 yg x ok sila comment hehe .. saya hargai koment anda hahaa ... akk2\abg2\adik2\acik2\or papejelh hehe sekalian haha >.< (cheh mcm poyo je ayt tu haha >.<) thnks sudi bce n thnks sudi jejakkan diri di blog yg x best ni hihi... anyway thnks bgi sokongan ^_^

Bab 1

“Hah! Kau menungkan apa tu?” sergah Doktor Alisha kepada Qilah. Di dalam hati Doktor Alisha sudah tertawa berdekah- dekah.

“Oh mak kau pocong!” melatah Qilah apabila Doktor Alisha menyergah dia. Habis mati segala lamunannya tadi.

“Hish! Kerja kau tak habis- habis terkejutkan aku, takda kerja lain ke yang boleh kau buat?” tanya Qilah dengan geram. Doktor Alisha hanya tersengih- sengih seperti kerang busuk apabila mendengar pertanyaan Qilah tadi.

“Well, itu memang hobi aku, lawak gila tengok muka terkejut kau tu” balas Doktor Alisha dengan selamba, siap dia membuat ‘thumbs up’. Qilah sudah menterbeliakkan biji matanya. Hesyh! Alisha ni memang carik pasal betullah, nasib baik aku ni jenis yang tak suka pukul orang, kalau tak dah lama aku rasa aku nak humban si Sha ni dalam lombong, desis hati Qilah.

“Eh? Aku nak tanya sikit, ni kenapa kau tetiba datang kat pantri ni? Bukan sepatutnya kau kena pergi check pesakit ke?” tanya Qilah setelah dia teringat apa yang sepatutnya Doktor Alisha lakukan.

“Aku dah habis pergi check pesakit dah” kata Doktor Alisha dengan malas apabila di tanya soalan sebegitu daripada Qilah.

“Eh? Cepatnya kau pergi check pesakit? Kau check pesakit ke, kau pergi mengorat pesakit?”  tanya Qilah sambil dia mengukirkan senyuman nakal buat si teman.

“Kau nampak tak penumbuk ni?” tanya Doktor Alisha sambil matanya memandang tajam muka Qilah lalu dia menunjukkan sebuku penumbuk kepada Qilah tanpa menjawab persoalan Qilah itu tadi.

“Erk? Sorry- sorry, hehehe kau jangan marah Sha, nanti kau cepat tua” pujuk Qilah, sambil- sambil tu tangannya di tekap dua tanda meminta maaf. Fuh! Sha ni bahaya, kalau dia kata nak tumbuk orang, betul- betul dia akan tumbuk orang tu, bisik hati Qilah.

“Tau pun takut” kata Doktor Alisha lalu dia mengukirkan senyuman sinis buat Qilah.

“Eh! Sha, apa kata hari ini lepas habis kerja kita pergi jalan- jalan? Nak tak? Nak tak?” tanya Qilah banyak kali sambil membuat muka comel ala- ala muka kucing dalam cerita Puss In Bots gitu. Doktor Alisha yang melihat muka Qilah mula memandang muka Qilah dengan pandangan biasa lalu tangannya laju mencubit lengan Qilah.

“Auch!” adu Qilah sambil itu tangannya mengusap lengannya yang sudah dicubit oleh Doktor Alisha. Pergh! Berbisa gila, jerit hati Qilah

“ Sha, kenapa kau cubit aku? Sakit tau tak?” tanya Qilah kepada Doktor Alisha.

“Entah, tapi menyampah pulak aku tengok muka kau tu, sebab tulah aku cubit kau, lain kali kalau nak kena lagi dipersilakan buat muka macam tu lagi” balas Doktor Alisha dengan selamba. Pergh! Hati batu ke apa kawan aku ni? Langsung tak ada perasaan serbelasah ke? Haha adoi... sabar jelah dengan kawan kesayangan aku ni, bisik hati Qilah.

“Haiya, jawapan kau dari dulu sampai sekarang still sama kan? Ish- ish, ubah- ubahlah perangai tu jadi ayu sikit, jangan terlalu kasar, karang tak ada pakwa terpikat baru tau” nasihat Qilah.

“Nak buat macam mana dude, perangai aku memang macam ni, tapi kalau nak tunggu aku jadi ayu tu never lah sebab aku ni bukannya sopan sangat” jawab Doktor Alisha sambil membuat muka toya.

“Haish! Yela- yelah, ni dari tadi aku tanya, kau nak pergi jalan- jalan tak?” tanya Qilah seraya itu dia mengubah topik lain.

“Sorrylah weyh, aku rasa lepas balik kerja ni aku buzy lah, so aku tak nak pergilah” kata Doktor Alisha.

“Hrum, kau selalu je buzy, ni mesti buzy dengan group anime kan?”

“He he he, biasa lah, aku kan peminat anime” balas Doktor Shaqila sambil tersengih- sengih menayangkan gigi putihnya.

“Oklah, kalau macam tu aku nak pergi jalan- jalan sambil check pesakit dululah” kata Qilah. Haish! Malam ni aku kena jalan- jalan sengsorang lagilah, mengeluh Qilah dalam hati.

“QILAH nak pergi mana tu sayang? Bukan sekarang ni dah malam ke?” tanya Datin Dalili kepada Qilah. Qilah yang sedang menyarung sandal di kakinya terus memberhentikan perbuatanya.

“ Er... Qilah nak pergi jejalan jap mommy, nak pi ambil angin hehe” balas Qilah sambil tersengih- sengih lalu dia menaggalkan sandalnya semula yang dipakai olehnya tadi. Dia pergi ke arah Datin Dalili lalu dia menyuakan tangan untuk bersalam dengan Datin Dalili. Datin Dalili menyambut salam Qilah lalu Qilah mencium tangan Datin Dalili dengan penuh sopan.

“Ehem- ehem.. ni Qilah nak pergi jalan- jalan dengan siapa?” tanya Dato’ Afifudin yang baru saja muncul dari situ.

“Qilah pergi jejalan sesorang, hehe boleh tak daddy?” tanya Qilah sambil membuat muka simpati kepada Dato’ Afifudin. Tanpa sempat Dato Afifudin ingin membalas tetiba kedengaran suara seorang lelaki.

“Assalamualaikum...” jerit Syed Aiman Arsyad daripada luar pintu pagar rumah agam Dato’ Afifudin sambil- sambil itu Syed Aiman Arsyad memanjangkan lehernya untuk mencari kelibat penduduk rumah itu.

“Hah! panjang umur, belum sempat daddy nak sebut, dia dah sampai. Waalaikumussalam Syad! Eh! Syad meh sini, jomlah masuk ke dalam rumah uncle ini, lagipun uncle tak kunci pagar tu” kata Dato’ Afifudin. Apabila mendengar kata Dato’ Afifudin, Syed Aiman Arsyad segera memasuki rumah itu lalu dia bersalam dengan Dato’ Afifudin. Qilah yang melihat agenda itu hanya mencebikkan bibirnya sambil itu matanya dijuling ke atas. Huh! Nak tunjuk baiklah tu, berdongkol hati Qilah dengan geram.

“Qilah, kenapa dicebikkan bibir tu sayang? Tak baik tau tak buat macam gitu” nasihat Datin Dalili kepada Qilah sambil itu dia menggelengkan kepalanya.

“Hah? tak ada apa- apalah mommy, tadi Qilah mana ada mencebik, Qilah hanya senyum sahaja, ngee cuba mommy tengok ni” ujar Qilah sambil jarinya ditujukan kepada mulutnya lalu menayangkan senyuman paksa. Huh! Mematikan mood aku saja mamat ni.

Syed Aiman Arsyad sudah tersengih- sengih sambil menahan ketawa, hatinya berasa lucu dengan perbuatan Qilah itu tadi. Dalam hati dia sudah tahu yang Qilah sudah sememangnya membencikan dirinya itu. Kadang- kadang dia tidak tahu apakah punca Qilah membenci dia.

“Mommy, daddy, Qilah dah lambat ni, Qilah minta diri dulu ye? Nanti lambat balik pulak” kata Qilah dengan cepat lalu dia menyarungkan kembali sandalnya.

“Eh? Apa kata biar Syad saja yang hantar Qilah, sambil- sambil itu Syad boleh temankan Qilah? Macam mana, okay tak auntie, uncle?” tanya Syed Aimat Arsyad. Qilah yang baru sahaja berura- ura ingin membuka pintu kereta miliknya terus menjadi terkaku. Wah!!!! Pakcik! Pleaselah, jangan beri idea gila boleh tak? Mommy, daddy, jangan setuju! Qilah benci tengok muka mamat ni, hu hu hu boleh mati anak mommy and daddy kalau Qilah duduk bersama dengan mamat sewel ni, jerit hati Qilah.

“Hurm.. okay jugak idea Syad tu. Abang, apakata kita benarkan saja Si Syad ni temankan Qilah. Lagipun, kan bahaya kalau anak dara keluar sengsorang dekat luar, lagi- lagi waktu malam pulak tu” kata Datin Dalili kepada Dato’ Afifudin. Dato’ Afifudin hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda setuju tanpa berkata sepatah perkataan pun. Di dalam hati Syed Aiman Arsyad sudah menjerit suka, Yahoo!. Qilah yang mendengar kata- kata Datin Dalili terus ternganga.

“What? Mommy, daddy please jangan buat Qilah macam ni, Qilah tak nak pergi jejalan dengan Syad ni” pinta Qilah sambil tangannya ditekap dua.  Daddy and mommynya sudah menggelengkan kepala bersama- sama sambil jari telunjuk mereka digoyong- goyang tanda tidak setuju. Syed Aiman Arsyad yang melihat agenda itu terus meletus ketawanya akibat tidak dapat menahan rasa geli hati. Suami isteri sama saja haha, sama- sama geleng ha ha ha, cakap Syed Aiman Arsyad dalam hati.

Apabila mendengar ketawa Syed Aiman Arsyad itu terus mata Datin Dalili, Dato’ Afifudin dan Qilah memadang tepat muka Syed Aiman Arsyad dengan pandangan pelik. Ketiga- tiga anak beranak itu menjadi pelik apabila Syed Aiman Arsyad secara tetiba saja gelak sendiri. Sawan agaknya mamat ni, ngumpat hati Qilah. Syed Aiman Arsyad yang sedari ketelanjuranya terus menelan air liur.

“Hrum.. Er... Ha... Kalau macam tu, kami pergi dulu ye aunty, uncle, bye- bye assalamualaikum” cakap Syed Aiman Arsyad dengan gagap lalu dia menarik tangan Qilah untuk membawa Qilah masuk ke dalam keretanya. Qilah yang perasan dirinya ditarik terus meronta- ronta keenggangan, dalam hati Qilah sudah menyumpah seranah Syed Aiman Arsyad. Datin Dalili dan Dato Afifudin hanya memandang mereka dengan pandangan pelik sahaja tanpa menjawab salam Syed Aiman Arsyad.

“Ish! Apa ni, aku tak nak ikut lah” bentak Qilah sambil cuba melepaskan pegangan tangan Syed Aiman Arsyad. Syed Aiman Arsyad hanya mendiamkan diri sambil menarik Qilah memasuki ke dalam keretanya. Tanpa sempat Qilah ingin keluar daripada kereta itu dengan pantas Syed Aiman Arsyad mengunci pintu semua pintu.

“Gila! Aku nak keluar!” jerit Qilah dalam kereta tersebut, hatinya menjadi bengang kerana dipaksa masuk ke dalam kereta. Syed Aiman Arsyad yang mendengar jeritan Qilah itu segera menutup telinganya, bingit.

“Cik Qilah, saya nak tanya, awak nak pergi ke mana eh?” tanya Syed Aiman Arsyad sambil itu dia memulakan pemanduannya.Qilah yang mendengar soalan itu hanya mendiamkan diri tanda protes, kalau di ikutkan hati Qilah ingin saja mencincang lumat badan Syed Aiman Arsyad kerana dari dulu lagi hingga sekarang dia amat membencikan Syed Aiman Arsyad, baginya Syed Aiman Arsyad pembawa bala kepada dirinya.

Apabila menyedari soalannya tidak di jawab, segera tangan Syed Aiman Arsyad memasang radio yang berada di dalam keretanya. Haish! Hati batu betullah budak ni, bawa je lah budak ni jalan- jalan kat mana- mana huh! mengeluh Syed Aiman Arsyad sambil meneruskan pemanduanya.


-Ain Mat Salleh

2 comments:

  1. Hmm .. Ap punca ea Qilah benci kt Syad .. Tanda tanya nie .. ??? Hehehehe .. Akk suke .. Smbung ea ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb2 qilah bnce syad de kt sinopsis .. thnks sudi bce ^_^

      Delete