Tuesday, 5 November 2013

Novel: Kasih Yang Telah Hilang

Hye assalamualikum, hari ini saya nak tunjukkan novel pertama kita (novel yg th lame tergendala... baru skrg nk start buat) novel ni dah beberapa bulan yang lepas\ beberapa kurun dh buat (buat kat asrama sbb bosan -__-'') sorrylah klu ade slh ayat2 dlm tu.... lagipon kepala dh pening sbb x tau camner nk betolkan ayat2 tunggang langgang tu (syt dlm novel tu dh di betul kan tapi msih ade lagi yg salah '_'. huhu) lagi novel tu sebenarnye x tau tajuk lagi ... tapi baru skrg dpt tajuk =_='' teruknya aq ni...... oklah i hope korang dpt tolong kita betulkan novel ni.... please (sorry menyusahkan)  sebenarnya dh masuk bab 2 tapi mls nk copy balik kat microsof word... (bab 2 & separuh bab1 ada kat dlm buku tulis) okylah sorry ... selamat membaca cerita yg tunggang terbalik ni huhu .... sorry

 NOVEL
BAB 1

“Happy birthday to you, happy birthday to you… happy birthday to Aina … happy birthday to you,” kedengaran semua keluarga Aina menyanyikan lagu ‘Happy Brithday’ kepada Aina. Terkejut Aina apabila mendengar semua ahli keluarganya menyanyikan lagu kepadanya. Eh? Macam mana lah aku boleh lupa hari lahir aku sendiri monolog Aina dalam hati.

“Aina tiuplah lilin tu,” bisik abang Aina, Megat Shaeizlan. Selepas mendengar kata abangnya itu dia terus meniup lilin. Kedengaran bunyi tepukan bergema disekeliling Aina. Aina tersenyum bahagia.

Aina memandang ibu, ayah serta abangnya dengan bersilih ganti lalu Aina terus meluru ke arah keluarganya dan memeluk mereka.

“Happy Brithday sayang!” ucap ibu dan ayah Aina sambil mencium pipinya. Aina tersenyum sehingga ke telinga lalu mengucapkan terima kasih kepada ibu, ayah dan tidak dilupakan juga kepada abang kesayangannya.

SELEPAS mereka habis menyambut hari lahir Aina pada malam itu, secara tiba- tiba Megat Shaeizlan menolehkan kepalanya ke arah Aina. Kelihatan Aina sedang duduk di atas sofa sambil memejamkan mata, nampak gayanya Aina seperti sudah tidur. Tiba- tiba ‘Ting!’ mentol sudah menyala di atas kepala Megat Shaeizlan, tandanya tanduk di kepalanya juga telah tumbuh. Terus tersengih- sengih Megat Shaeizlan lalu dia bangun dan berjalan kearah peti ais.

“Abang, cuba awak tengok anak teruna awak tu! Sudah tumbuh pulak dah tanduk dia tu,” kata Siti Saleha kepada suaminya Megat Izzudin sambil menundingkan jarinya ke arah Megat Shaeizlan. Megat Shaeizlan sedang berjalan ke arah peti ais lalu mengosokkan tapak tangannya sambil tersenyum jahat tanpa menghiraukan mata ibu dan ayah yang sedang memandang ke arahnya .

Megat Izzudin mengelengkan kepalanya apabila melihat perangai anak terunanya itu. Nampak sahaja dah besar panjang, tapi perangai…..ish.. ish.... Nauzubillah! macam peraangai budak- budak tadika, monolog Megat Izzudin dalam hati.

Megat Shaeizlan terseyum-senyum sambil membuka pintu peti ais lalu di ambil beberapa ketul ais yang sudah beku. Sesudah di ambil beberapa ketul ais itu lalu dia  berjalan ke arah Aina.

Kelihatan Aina benar- benar terlena di atas sofa, Yes! jerit Megat Shaeizlan dalam hati. Dia mula meletakkan ais yang di pegangnya tadi di kedua- dua tapak tangan Aina, di kedua- dua tapak kaki Aina , tiba- tiba …………..

“Hurm…… sejuknya,” kata Aina dalam keadaan mamai. Apabila Megat Shaeizlan Nampak mulut Aina terbuka, cepat- cepat dia sumbatkan ais yang masih berbaki di tangannya ke dalam mulut Aina lalu dia terus melarikan diri. Segar terus mata Aina dan apabila dia bergerak sedikit habis semua ais jatuh bertaburan di atas sofa. Kemudian Aina mengeluarkan ais yang ada di dalam mulutnya. Mukanya sudah berubah tona. Dalam hati Aina sudah menyumpah senarah abangnya itu, kerana dia tau semua kerja ini selalunya Megat Shaeizlan sorang saja yang buat.

“ABANG!!!!!!!!!! ” jerit Aina dengan kuat. Agak-agaknya boleh roboh rasanya rumah Aina ini. Aina sudah bengang apabila abangnya itu ganggu tidurnya. Aina ingin segera bangun tetapi sebelum itu dia mengubah posisi kakinya sebelum bangun takut- takut nanti dia terjelopok pula.

“Alamak baby naga sudah keluarkan api , Cabut !!! ” jerit Megat Shaeizlan apabila melihat Aina sudah bangun dari sofa. Megat Shaeizlan sudah membuka langkah apabila dia melihat adiknya itu sudah mencerlungkan mata ke arah nya.

“Cabut jangan tak cabut nanti ada yang hitam sebab kena dek apinya baby naga ni,” kata Megat Shaeizlan dengan kuat sambil melarikan diri. Ei.... teruknya abang aku ni.... tak ada gelaran lain ke yang nak di bagi aku, macam comel ke? Angle ke? kata Aina dalam hati sambil mengepal- ngepal tangan.

“Kurang asam punya abang,” jerit Aina sambil mengejar abangnya. Maka terjadilah aksi kejar mengejar antara dua adik beradik. Macam anjing dengan kucing, pantang di usik langsung kata Megat Izzudin dalam hati.

Siti Saleha dan Megat Izzudin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mereka mengangkat punggung lalu berjalan ke kamar tidur mereka dek kerana malas mahu melayan kerenah adik- beradik itu.

“Wah, ini tak boleh jadi ni! boleh tahan laju jugak baby naga ni,” kata Megat Shaeizlan sendirian sambil meneruskan larian. Habis satu rumah mereka maraton pada malam ini. Terkejut Megat Shaeizlan apabila melihat di depannya itu  jalan mati. Cepat- cepat dia memberhentikan langkah takut- takut nanti terlanggar dinding. Megat Shaeizlan memusingkan badannya itu, mata tertancap pada muka adiknya yang sudah ada di hadapannya. Oh, my gosh! kata Megat Shaeizlan dalam nada separuh berbisik. Apabila Aina mendengar kata abangnya itu dia terus tersenyum tanda kemenangan.

“Hah! mana abang nak lari lagi?” tanya  Aina dengan nada sinis sambil bercekak pinggang. Megat Shaeizlan menjadi gugup. Tanpa sempat Megat Shaeizlan mengelak, dengan sepantas kilat Aina mencubit lengan abangnya.

“Ouch!....”terjerit kecil Megat Shaeizlan sambil mengusap-usap lenganya yang terkena cubitan berbisa adiknya itu. Aduh! Sakitnya macam ketamlah adik aku ni……agaknya adik aku ni darah keturunan ketam kut.

“Abang mengutuk Aina ye?” tanya Aina. Eh? Macam mana dia tau ni?  Alamak kantoi sudah. Megat Shaiezlan hanya tersengih- sengih sahaja tanpa menjawab soalan Aina tadi.

“Adik ..... sakit tau lengan abang ni. Tak kesian ke kat abang? Boleh lembam sampai seminggu tau” kata Megat Shaiezlan dengan manja. Dia sebenarnya saja je cakap macam tu sebab nak bermanja- manja dengan adik sendiri. Takkanlah nak bermanja- manja dengan adik sendiri pun tak boleh kan.

“Eh? Betul ke sakit? Siannya..... nak tak adik cubit satu badan? Tu baru aje lengan .....” kata Aina dengan selamba sambil menjungkit- jungkitkan kening. Membulat mata Megat Shaiezlan apabila mendengar kata- kata Aina tadi. Mak ai? Takkanlah sampai macam tu sekali? Kejam giler dowh adik aku ni, ni dah kira kes mendera namanya.

bersambung..... >.<

p\s: hai .... kita nk tanyer mcm mane? klu ade yg perlu dibetul kan tlg bagi tau kita tau ^_^ terima kasih kerana sudi membaca cerita yg dh berkarat ni  >.< sorry sbb x best =__='' (my first novel yg tergandala pada masa dahulu ^_^)  hrumm... kita nk tanye ... tajuk mane yg plg sesuai antara 'KASIH YANG TELAH HILANG' atau 'KASIH YANG TELAH KEMBALI' (confiuse *_*'')
#novel yg pernah tergendala pada suatu masa dahulu -__-''
-Ain Mat Salleh-

No comments:

Post a Comment