Saturday, 9 November 2013

Cerpen : Izinkan Aku

Cerpen : Izinkan Aku

“ Woi! perempuan sial, kan aku dah kata kau tak payahlah nak sibuk jaga makan pakai aku. Menyibuk aja tau tak? Baik kau pergi berhambus daripada bilik aku sekarang jugak kalau tak aku sepak muka kau tu lagi sekali” jerkah Nadzi kepada isteri yang baru di nikahinya sebulan lepas. Perasaan bencinya kepada isterinya itu semakin bertambah apabila melihat muka isterinya itu berada di biliknya.
Terkaku terus tubuh Adlina apabila mendengar jerkahan Nadzi itu. Adlina menahan air matanya agar tidak gugur, jika air matanya gugur... nanti pasti Nadzi akan memarahinya lagi. Sepanjang awal pernikahan mereka Adlina tidak pernah dilayan dengan baik oleh suaminya. Setiap hari telinga dia akan mendengar cemuhan daripada suaminya terhadapnya. Setiap hari dia akan diperlakukan seperti boneka kepada Nadzi. Setiap hari dia akan disepak terajangnya daripada suminya. Walaupun Adlina dilakukan sedemikian rupa tetapi dia tetap bersabar kerana di dunia ini dia tiada sesiapa kecuali suaminya itu. Hidupnya dulu sepi tiada sesiapa,malahan tiada ibu, tiada bapa, tiada keluarga, dan dia juga tidak mempunyai kawan. Dia hanya anak yatim yang tidak mempunyai asal usul dan dia telah di kutip daripada keluarga Nadzi. Dari situlah dia mendapat menumpang kasih sayang yang telah hilang daripada hidupnya.
“Woi! Kau nak aku lempang telinga kau dulu ke? Baru kau boleh dengar hah! Dasar perempuan pekak”marah Nadzi kepada Adlina lalu dia pergi ke Adlina dan dia menarik kuat rambut Adlina.
“Abang, sakit bang, sakit...... tolong jangan buat Ad macam ni abang.......  ampun abang ... ampun .... Ad janji Ad tak akan buat lagi..” kata Adlina dalam gagap sambil menahan rasa sakit yang tak terperi. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua dan dalam lama kelamaan  kedengaran bunyi esakan Adlina.
“ Argh! Baik kau senyap kalau tak aku hentak kepala kau dekat dinding hari ini” marah Nadzi apabila mendengar bunyi tangisan isterinya itu. Dia cukup benci mendengar tangisan perempuan. Huh! Nak tunjuk simpatilah tu.
Tanpa memikirkan kesakitan yang di alami oleh Adlina, dia menarik Adlina keluar dari biliknya lalu dia hempas pintu biliknya sekuat hati. Kini Adlina sudah berada diluar bilik Nadzi, dia hanya mampu menangis teresak- esak sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Rambutnya yang di tarik oleh Nadzi kini diusap perlahan- lahan kononnya mahu menghilangkan rasa sakit tetapi perbuatannya itu hanya sia- sia kerana kulit kepalanya tetap terasa sakit sangat seperti mahu tercabut. Didalam hati Adlina hanya mampu berdoa kepada Allah supaya membuka pintu hati Nadzi untuk menerimanya dengan seadanya dan dia berminta kepada Allah semoga terbuka pintu hati Nadzi untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Nya.
                                          
                                             ********************

Pada waktu malam,Adlina menunggu Nadzi di ruang tamu rumah mereka. Hatinya gelisah menunggu kepulangan sang suami. Sejak daripada hari itu Nadzi pergi keluar rumah tanpa pulang selama 3 hari. Sudah berkali- kali dia call Nadzi tetapi tidak diangkat malah di biarkan sahaja. Sihatkah dia? Sakitkah dia? Semua persoalan itu berlegar- legar didalam otaknya. Rasa rindunya pada Nadzi membuak- buak. Walaupun Nadzi tidak pernah membalas rasa cintanya tetapi rasa cintanya terhadap Nadzi tak pernah terhakis malah semakin bekembang mekar. Tengah sedap- sedap Adlin mengelamun tiba- tiba kedengaran bunyi ketukan pintu rumahnya bertalu- talu.
Tok! Tok! Tok!
Ya Allah, kata Adlina dalam hati sambil mengurut dada nya berkali- kali. Adlina segera bangun daripada sofa lalu dia pergi ke arah pintu. Telinganya terasa bingit apabila mendengar ketukan di pintu tanpa henti. Di hayunkan langkah kakinya dengan lebih pantas selepas itu dia memulas tombol pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Nadzi dalam keadaan mabuk dan dikiri Nadzi ada seorang wanita yang berpakian seksi sedang memapah Nadzi agar tidak terjatuh. Betapa sedihnya hati Adlina apabila melihat keadaan suaminya itu. Hatinya berasa sedih sangat. Dia seperti dapat merasakan hatinya dihiris- hiris oleh pisau.
“Woi! Takkan kau nak tengok sahaja, cepatlah buka pagar ni, takkanlah itupun aku yang perlu cakap, dasar bodoh” tempik perempuan seksi itu kepada Adlina.
Alangkah terkejut Adlina apabila mendengar tempikan wanita itu. Walaupun kedengaran bunyinya agak kurang ajar tetapi Adlina tetap bersabar. Dengan cepat Adlina mengambil kunci pagar rumahnya lalu dibuka pagar yang berkunci itu. Wanita tadi itu terus masuk kerumah itu sambil memapah Nadzi sekali lalu dia memberikan isyarat mata kepada Adlina tanda menyuruh supaya Adlina pula yang memapah Nadzi. Huh! Menyusahkan aku betullah, kata perempuan itu dalam hati lalu dia pergi keluar daripada rumah Adlina selepas Adlina menyambut Nadzi tadi.
“Em....Em... Emy, you nak pergi mana tu? Hahaha....... you ni honey, jomlah kita pergi masuk dalam bilik sekarang.... i bosan ni” kata Nadzi dalam keadaan mabuk. Astarghfirllahhalazim ..... mengucap Adlina dalam hati. Dia memapah Nadzi masuk kedalam bilik tidur sambil mendiamkan diri apabila mendengar suara Nadzi meracau- racau bagaikan histeria saja lagaknya.
Setelah mereka sampai di kamar tidur terus Adlina meletakan Nadzi di atas katil lalu dia membetulkan sedikit posisi Nadzi yang agak senget kepada lurus. Apabila Adlina mahu pergi keluar daripada kamar itu tiba- tiba dia merasakann lengannya  di tarik kasar sehingga menyababkan dia terbaring di atas katil bersama dengan Nadzi. Terpinga- pinga Adlina seketika, tetapi disedarkan dirinya agar tidak terus terleka. Ketika Adlina mahu bangun daripada pembaringan tiba- tiba dia merasakan tangan Nadzi melingkar dipinggangnya lalu di tarik badan Adlina yang kecil di dalam pelukan.  
“You nak kemana ni Em? Dahlah tu..... jom tidur dengan i, i penat ni”
Zap! Kini hati Adlina berasa seperti dihiris buat kesekian kalinya lagi apabila mendengar kata- kata Nadzi itu. Tidak semena- mena air matanya terus muluncur laju tanpa henti. Dia benar- benar ingin beredar dari kamar itu tetapi malang bila kudranya tidak mampu merenggangkan pelukan kemas milik Nadzi. Dalam hati tidak rela, dia terpaksa juga merebahkan tubuh di sisi Nadzi meskipun dia tahu akibat yang bakal dia hadapi.

                                    **************************

“Urgh!.... benda apa yang ada kat sebelah aku ni?” ngomel Nadzi dalam keadaan  mamai. Nadzi mencelikkan matanya seketika untuk cuba melihat siapa gerangan yang berada disebelahnya, namun hampa kerana keadaan di dalam bilik itu amat gelap dan ia amat menyukarkan mata Nadzi untuk memfokuskan penglihatan. Pantas saja tangan Nadzi menggagau mencari suis lampu. Dan dalam sekelip mata, ruang bilik yang gelap itu sudah terang- benderang.  Terkejut Nadzi apabila melihat gerangan yang berada di sebelah dia adalah Adlina. Dia seperti dapat merasakan jantungnya berdegup kencang apabila melihat wajah polos milik Adlina. Cantiknya dia.....  berbisik hati Nadzi. Kini Nadzi sudah mengubahkan posisi dirinya, daripada berbaring terus dia duduk menghadap Adlina. Jari- jemarinya miliknya mula gatal mengusap seraut wajah milik Adlina dan akhir sekali jari- jemarinya mula bermain dengan rambut Adlina yang panjang. Dia seperti merasakan ada suatu perasaan yang ganjil menyelinap masuk di dalm hatinya tetapi dia tidak pasti apakah perasaan itu. Aku sudah jatuh cinta dengan dia ke? Tanya Nadzi dalam hati. Argh! Tak mungkin, tak mungkin.... lagipun dia tu sama saja dengan Nayli, dan sebab dia tulah yang membuatkan arwah papa menyuruh aku kahwin dengan dia. Entah apalah yang telah dia gula- gulakan arwah papa sampai papa boleh sayang sangat dengan dia.
Jari- jemari milik Nadzi kini sudah berhenti bermain- main dengan rambut milik Adlina. Nadzi mengetap gigi sambil menggengamkan tangannya berbentuk penumbuk. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia mengherdik Adlina sekarang tetapi memikirkan bau badannya yang agak tidak menyenangkan, dia terus membatalkan niat terlebih baiknya itu terlebih dahulu. Siap kau perempuan nanti kau akan terima balasnya jerit Nadzi dalam hati.

                                                  ***************

Bunyi pancuran air di dalam bilik air menggangu lena Adlina. Adlina mencelikkan matanya lalu dia menggosok matanya agar tidak terkatup kembali. Adlina melihat segenap bilik itu, dia mencari- cari kelibat Nadzi tetapi malangnya tiada. Erk? Apa kebengap sangatlah kau ni Adlina, kalau dah dengar bunyi pancuran air di bilik air bermaknanya dia tengah mandilah ish, bisik Aldina lalu dia mengetuk kepalanya.
Apabila mengingatkan tentang solat subuh, terus Adlina bangun dan pergi keluar daripada bilik itu. Lagi satu dia tidak ingin berlama- lama didalam bilik itu kerana takut di marahi oleh Nadzi. Ya Allah, kau lembutkanlah hati dia agar dia tidak memarahi ku hari ini, doa Adlina dalam hati.
 
                                              ********************

Selepas sahaja Adlina selesai menpersiapkan diri, terus saja kakinya pergi menuju ke arah dapur untuk menyediakan sarapan. Tetapi belum sempat kakinya sampai di dapur, dengan pantas pergelangan tangannya sudah ditarik oleh tangan milik Nadzi dengan kasar, hampir saja wajah Adlina tersembam di dada Nadzi akibat tarikkan tangan Nadzi yang agak kuat. Nadzi memandang Adlina dengan sinis. Adlina seakan-akan mengetahui sahaja maksud pandangan Nadzi itu,  dia kini tidak boleh lari kerana dia tahu tak lama lagi ada gunung berapi yang akan meletus didalam rumah ini.
“Aku tak sangka ada perempuan murahan dekat rumah ni” kata Nadzi dengan sinis lalu dia melepaskan cengkaman di pergelangan tangan milik Adlina. Adlina mengusap- usap lembut pergelangan milik tangannya kerana terasa sakit dengan cengkaman kuat Nadzi tadi.
“Sa.... sa.... ya tak.. tak faham apa maksud ab.. abang” balas Adlina dengan gentar. Wajahnya kelihatan takut- takut kerana dia tahu Nadzi pasti akan mengukitkan peristiwa malam tadi. Adlina menundukkan wajahnya sambil memandang lantai yang berkayu itu. Kedengaran Nadzi mengdenguskan nafas dengan kasar.
“Hump! Tak faham konon. Apa maksud kau hah! Kau tak faham ke atau kau buat- buat tak faham hah! Kau pikir aku ni dah buta ya? Habis tu yang semalam tu apa kebenda woi! Aku ini belum lagi hilang ingatan tau tak” jerkah Nadzi kepada Adlina.
Terhijut bahu Adlina apabila mendengar jerkahan Nadzi itu. Dadanya menjadi sebak, dia terasa air matanya mahu memberes sekarang juga tetapi dia cuba menahan sebaik mungkin agar dia tidak kelihatan terlalu lemah dihadapan Nadzi. Huh! Senangnya rupanya hidup perempuan ni ya? Hinjut bahu pastu buat- buat nangis depan lelaki, kerja tunjuk simpati saja bisik Nadzi dalam hati.
“Ya Allah abang, sumpah Ad tak sengaja lagipun semalam Ad tertidur kat situ lepas letak abang, Ad tak ada niat pun, maafkan Ad abang, maaf”pinta Adlina sambil dia memandang mata milik Nadzi dengan penuh simpati. Dia berharap sangat agar Nadzi tidak akan membelasahinya lagi.
“Huh! Tak sengaja konon, tadi kata tak faham tapi sekarang faham pulak. Lagi satu kau pikir aku boleh percaya sangat ke dengan kata- kata kau tu?” lidah Adlina sudah kelu apabila mendengar kata- kata Nadzi itu. Dia hanya mendiamkan diri lalu dia mengalihkan padangan ke arah lantai semula.
“Huh! Malas aku nak layan kau, lebih baik aku pergi kerja sekarang nanti lambat pulak. Dan kau jangan pikir lepas ni kau akan terlepas, kalau kau buat lagi sekali.... siap kau dan aku mungkin tak akan teragak- agak nak pecahkan kepala kau tu! Ingat tu!” selepas Nadzi berkata sebegitu, dia terus keluar daripada rumah itu lalu dia menghidupkan enjn kereta kesayangannya.

Selepas Adlina mendengar enjin kereta milik Nadzi sudah menderum keluar daripada kawasan rumahnya terus terduduk Adlina lalu air matanya menitis keluar tanpa mengikut arahan tuannya. Adlina rasa seperti sudah berputus asa, dia rasa dia sudah tidak larat lagi untuk menanggung semua ini. Tanpa melengahkan masa Adlina bangun semula lalu dia pergi ke kamar tidurnya untuk mengemas barang- barang miliknya. Dia sudah bertekad yang dia ingin pergi keluar daripada rumah yang bagaikan neraka ini, dan dia ingin pergi jauh daripada hidup Nadzi. Biarlah dia kena tanggung dosa sebagai isteri nusyuz kerana dia sekarang ini sudah tidak dapat sabar lagi dengan semua perkara yang berlaku kepada dirinya. 


                                      ************************
bersambung~

p\s: hai  sorylah hehe... hurmm kite nk tanyer ok tak heheh ... sorrylah klu x ok ... insyaallah cerpen ni dh nk abis.... kiter rase nnt mesti korang x puas hati dgn ending yg kiter buat.... sori diatas semua kekurangan2 yg kita buat kat novel tu.... tq kpd sesiapa yg sokong kite heehe.....  klu blh comentlah hehe biar kite tau ape yg salah hehe.....  thanks bace cerpen yg x seberapa ni hehe


-Ain Mat Salleh-

19 comments:

  1. ain cpat2 post ending cerpen ny..awesome cerpen ny..tertnya jge sy last skali cm ner

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks kak shila hehe ... insyaallah kita akan siap kan dgn cpt .... hehe thanks comment ^_^ sori buat akak tertanya- tanya hehehe >.<

      Delete
  2. Sambunh lah....kita tunggu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oky.... saba nyer.... sbb kite buat lme skit ^_^

      Delete
  3. Best best.. Isya suka.. Cepat buat ending dia tau.. Tk sbar nk baca.. >.< Hihihihk

    ReplyDelete
  4. rase berkobar2 pulak nk buat ^_^

    ReplyDelete
  5. ain cept abis kan...tak sabar nak lihat ending cita ni..

    ReplyDelete
  6. bila laa adk nk smbung..
    suka ye wat readers tertunggu2..hehehe..
    penantian suatu penyiksaan dik..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaflah kak ~ kite buat citer memang lambat siap sori~ hehe insyaallah kite akn try cepatkan lain kali hehe ~ jgn sedih tau kak haha sori ^_^

      Delete
  7. salam.. best karya. isi boleh tahan mantop. jemput try karya sini -> http://ashikakkoii.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. oky~ ashi ;) insyaallah nnt kite bace ~ thanks baca karya kite :)

    ReplyDelete
  9. salam dik...cerita menarik n usaha lagi yer dik..cepat2 smbg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thanks n insyaallah kite cpt2 smbung sori klu lmbt n hope enjoy

      Delete
  10. best citer nie!bila nk sambung?jemputlah singgah sini → http://makcikoreo.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tq >.< insyaallah nnt kite cube siapkn ngan cpt maaf kite msh bru ngan penulisan ~ insyaallh sya akn lwt blog akk hehe~ thanks membaca karya saya >.<

      Delete