Monday, 4 November 2013

Cerpen Baru

hurm... hai assalamualikum ^.^ sorylah ... lama x tulis .. kesian blog ni dh berhabuk hihi .... kiter nk bagi tau yg kite ade buat cerpen baru.... (cerpen ni dh lama nk buat tapi cuma mls aje hihi) tajuknya 'Izinkan Aku' hehe ... kite hrp cerpen ni oky drpd cerpen yg sebelum ini anyway thanks to kak tina derika, kak daeya, kak weeda, kak hana, kak aylahusna, kak... kak  banyaknyer mls pulak nk tulis hehe ... oky thanks kpd semua trmasuk semua group2 novel yg kite join dlm fb hihi...  thanks to Allah to hehe (i forget lah hihi) .... oklah smpai di situ ajelah kot ...  sebelum kite nk undur diri terimalah sedikit cerita spara cerpen kita yg x siap nnt ... hehe nnt klu dh siap sepenuhnya kita akan post kat blog ni and novelsyokgilaa.blogspot.com (this blog have 3 admin termasuk saya hehe) ^_^

Cerpen : Izinkan Aku

“ Woi! perempuan sial, kan aku dah kata kau tak payahlah nak sibuk jaga makan pakai aku. Menyibuk aja tau tak? Baik kau pergi berhambus daripada bilik aku sekarang jugak kalau tak aku sepak muka kau tu lagi sekali” jerkah Nadzi kepada isteri yang baru di nikahinya sebulan lepas. Perasaan bencinya kepada isterinya itu semakin bertambah apabila melihat muka isterinya itu berada di biliknya.
Terkaku terus tubuh Adlina apabila mendengar jerkahan Nadzi itu. Adlina menahan air matanya agar tidak gugur, jika air matanya gugur... nanti pasti Nadzi akan memarahinya lagi. Sepanjang awal pernikahan mereka Adlina tidak pernah dilayan dengan baik oleh suaminya. Setiap hari telinga dia akan mendengar cemuhan daripada suaminya terhadapnya. Setiap hari dia akan diperlakukan seperti boneka kepada Nadzi. Setiap hari dia akan disepak terajangnya daripada suminya. Walaupun Adlina dilakukan sedemikian rupa tetapi dia tetap bersabar kerana di dunia ini dia tiada sesiapa kecuali suaminya itu. Hidupnya dulu sepi tiada sesiapa,malahan tiada ibu, tiada bapa, tiada keluarga, dan dia juga tidak mempunyai kawan. Dia hanya anak yatim yang tidak mempunyai asal usul dan dia telah di kutip daripada keluarga Nadzi. Dari situlah dia mendapat menumpang kasih sayang yang telah hilang daripada hidupnya.
“Woi! Kau nak aku lempang telinga kau dulu ke? Baru kau boleh dengar hah! Dasar perempuan pekak”marah Nadzi kepada Adlina lalu dia pergi ke Adlina dan dia menarik kuat rambut Adlina.
“Abang, sakit bang, sakit...... tolong jangan buat Ad macam ni abang.......  ampun abang ... ampun .... Ad janji Ad tak akan buat lagi..” kata Adlina dalam gagap sambil menahan rasa sakit yang tak terperi. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua dan dalam lama kelamaan  kedengaran bunyi esakan Adlina.
“ Argh! Baik kau senyap kalau tak aku hentak kepala kau dekat dinding hari ini” marah Nadzi apabila mendengar bunyi tangisan isterinya itu. Dia cukup benci mendengar tangisan perempuan. Huh! Nak tunjuk simpatilah tu.
Tanpa memikirkan kesakitan yang di alami oleh Adlina, dia menarik Adlina keluar dari biliknya lalu dia hempas pintu biliknya sekuat hati. Kini Adlina sudah berada diluar bilik Nadzi, dia hanya mampu menangis teresak- esak sambil memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Rambutnya yang di tarik oleh Nadzi kini diusap perlahan- lahan kononnya mahu menghilangkan rasa sakit tetapi perbuatannya itu hanya sia- sia kerana kulit kepalanya tetap terasa sakit sangat seperti mahu tercabut. Didalam hati Adlina hanya mampu berdoa kepada Allah supaya membuka pintu hati Nadzi untuk menerimanya dengan seadanya dan dia berminta kepada Allah semoga terbuka pintu hati Nadzi untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Nya.
                                          
                                             ********************

Pada waktu malam,Adlina menunggu Nadzi di ruang tamu rumah mereka. Hatinya gelisah menunggu kepulangan sang suami. Sejak daripada hari itu Nadzi pergi keluar rumah tanpa pulang selama 3 hari. Sudah berkali- kali dia call Nadzi tetapi tidak diangkat malah di biarkan sahaja. Sihatkah dia? Sakitkah dia? Semua persoalan itu berlegar- legar didalam otaknya. Rasa rindunya pada Nadzi membuak- buak. Walaupun Nadzi tidak pernah membalas rasa cintanya tetapi rasa cintanya terhadap Nadzi tak pernah terhakis malah semakin bekembang mekar. Tengah sedap- sedap Adlin mengelamun tiba- tiba kedengaran bunyi ketukan pintu rumahnya bertalu- talu.
Tok! Tok! Tok!
Ya Allah, kata Adlina dalam hati sambil mengurut dada nya berkali- kali. Adlina segera bangun daripada sofa lalu dia pergi ke arah pintu. Telinganya terasa bingit apabila mendengar ketukan di pintu tanpa henti. Di hayunkan langkah kakinya dengan lebih pantas selepas itu dia memulas tombol pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Nadzi dalam keadaan mabuk dan dikiri Nadzi ada seorang wanita yang berpakian seksi sedang memapah Nadzi agar tidak terjatuh. Betapa sedihnya hati Adlina apabila melihat keadaan suaminya itu. Hatinya berasa sedih sangat. Dia seperti dapat merasakan hatinya dihiris- hiris oleh pisau.
“Woi! Takkan kau nak tengok sahaja, cepatlah buka pagar ni, takkanlah itupun aku yang perlu cakap, dasar bodoh” tempik perempuan seksi itu kepada Adlina.
Alangkah terkejut Adlina apabila mendengar tempikan wanita itu. Walaupun kedengaran bunyinya agak kurang ajar tetapi Adlina tetap bersabar. Dengan cepat Adlina mengambil kunci pagar rumahnya lalu dibuka pagar yang berkunci itu. Wanita tadi itu terus masuk kerumah itu sambil memapah Nadzi sekali lalu dia memberikan isyarat mata kepada Adlina tanda menyuruh supaya Adlina pula yang memapah Nadzi. Huh! Menyusahkan aku betullah, kata perempuan itu dalam hati lalu dia pergi keluar daripada rumah Adlina selepas Adlina menyambut Nadzi tadi.
“Em....Em... Emy, you nak pergi mana tu? Hahaha....... you ni honey, jomlah kita pergi masuk dalam bilik sekarang.... i bosan ni” kata Nadzi dalam keadaan mabuk. Astarghfirllahhalazim ..... mengucap Adlina dalam hati. Dia memapah Nadzi masuk kedalam bilik tidur sambil mendiamkan diri apabila mendengar suara Nadzi meracau- racau bagaikan histeria saja lagaknya.
Setelah mereka sampai di kamar tidur terus Adlina meletakan Nadzi di atas katil lalu dia membetulkan sedikit posisi Nadzi yang agak senget kepada lurus. Apabila Adlina mahu pergi keluar daripada kamar itu tiba- tiba dia merasakann lengannya  di tarik kasar sehingga menyababkan dia terbaring di atas katil bersama dengan Nadzi. Terpinga- pinga Adlina seketika, tetapi disedarkan dirinya agar tidak terus terleka. Ketika Adlina mahu bangun daripada pembaringan tiba- tiba dia merasakan tangan Nadzi melingkar dipinggangnya lalu di tarik badan Adlina yang kecil di dalam pelukan.  
“You nak kemana ni Em? Dahlah tu..... jom tidur dengan i, i penat ni”
Zap! Kini hati Adlina berasa seperti dihiris buat kesekian kalinya lagi apabila mendengar kata- kata Nadzi itu. Tidak semena- mena air matanya terus muluncur laju tanpa henti. Dia benar- benar ingin beredar dari kamar itu tetapi malang bila kudranya tidak mampu merenggangkan pelukan kemas milik Nadzi. Dalam hati tidak rela, dia terpaksa juga merebahkan tubuh di sisi Nadzi meskipun dia tahu akibat yang bakal dia hadapi.

                                    **************************



(akan bersambung kemudian hehe) 
p\s: sorry klu citer ni x best but..... i will try the best to do this story ^.^ ...... dan jgn lupe jenguk bog lagi satu tu ye hehe (http://novelsyokgilaa.blogspot.com/) i hope you all will be enjoy ^.^ (my english broken lah hehe)
-Ain Mat Salleh- 

2 comments:

  1. Hai Ain akak dtg baca. Need some imrovement but akak dah nampak jalan ceritanya. Knp Nadzi jahat sgt? Grr! Bikin akak sakit hati je. Apa2 pun keep it up. Kena betulkan sikit ayat2 tu. Next chapter please :D

    ReplyDelete
  2. haha thanks kak ayla..... tadi kiter dh btl kan sikit ayt2 hehe ... klu nk capter baru boleh ... tapi ade masalah sikit sbb kiter tgh pikir nk tulis ayt yg sesuai.... and klu bab jln citer kiter dh pikir smpai ending hehe cuma x tau camner nk buat ayt oky2 huhuh.... anyway thanks support me kak ayla hehe

    ReplyDelete